This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, January 29, 2010

Tag ..tag tag...



1) Where is your cell phone?

in front of me... blogging while surfing thru my phone also... tgh carik theme ngn software best bahh! ehehe

2) Relationship?
Double... i own one and im owned... err...

3) Your hair?
long.. straight... original.. no colour, no straightening, no rebonding... no bla bla bla etc

4) work?
derap persen...

5) Your sisters?

sikda sister... brother jak ada koh.. kesian...patut aku byk ciri lelaki.. erkk....

6) Your favorite thing?
my car, my laptop, my phones, my mp3, my glasses, my psp, my camera, my hubby... :D

7) Your dream last night?
erm... sik ingt lah.. mcm sekda bermimpi jak....

8) Your favorite drink?
Teh C Peng!!!

9) Your dream car?
honda civic!! tp sikmok yg ori.. yg dah plah.. ada sapa2 sudi kasik present sama saya?

10) Your shoes?
sport shoes... heels.. erm.. barukmarek meli sport shoes kaler puteh list pepel d kedey sport dibahopis tok.. yah yahhh...

11) Your fears?
erm..many to listed..

12) What do you want to be in 10 years?
Crazy rich with lovey dovey husband and caring parents and sporting friends and family

13) Who did you hang out with last weekend?
my parents~!! and my bestfriend... in KL

14) What are you not good at?
saying sorry... and no...

15) One of your wish list items?
make more money

16) Where you grew up?
kuching jakkk....

17) Last thing you did?
pegi gogon hp rah spring

18) What are you wearing?
since im at my office.. and today is friday.. so im wearing my baju kurong ler...

19) What aren’t you wearing?
sliperss... berkaki ayam tok..haha

20) Your pet?
eerrr.... virtual pets.. since my mom don like hairy things to be running around in the house.

21) Your computer?
COMPAQ

22) Your life?
excellent... just need something more to spice it up

23) Missing?
all my favourite moment with ...

24) What are you thinking about right now?
malas nak sambong plah kejaa tok!!! lukisan semua sik tally.. bos mala suruh tuka pitch roof... aa.. pasya.. erm.. diam jaklah

25) Your car?
kenari.. kesian.. nak roboh dah keta ya mala d mbak jalan..

26) Your kitchen?
simple.... tp... oklah.. cuma quite sempit mun nak dine in kitchen.. usually just masak d kitchen.. and eat di ruang tamu

27) Your favorite color?
Red, Blue, Brown, Gray, Black,

28) Last time you laughed?
Just now.... talking to my other half

29) Last time you cried?
last month... when my grandpa past away

30) School?
SRK RPR, SMK PJ, Kolej DPAH Abdillah, SMK Tun ABG hj Openg, MatrikulAsi Labuan, CIDB.. byk ho.. apa d plah aku byk gilak ya

31) Love?
surround with it

32) So who wants to share their ONEs?? How about?


i think mostly semua dah plah tag tok kan... i have no time to blog for such a long time .... got time right now.. so... here i am... i'll be posting something again later when i got the chance and.....
im tagging... everyone who havent done it.. hehehee

tpi semua mesti dah buat kaN ?

Wednesday, January 20, 2010

at last~

akhirnya!!
kerja aku siap suda.. ehehhe.. betapa gumbiranya dalam hati.. erm.. dari marek ku nangga movie jak keja... huhuhu.. sambil molah keja. sambil nangga movie.
huhu

aku blom ada cuti gk dari 2 minggu ya.. huhuhu.. jadual keja dari senin smpy jemat.. sabtu ahad pun keja... balit kol 10 11 malam... hohohoh
p sekpa.. makan free... ehek.. dinner ngn ciken rice.. nang mala kedak muka ciken cikenlah kmk org tok koh.. ari2 dsuak bos makey ciken rice.. ehek
dahya supper.. ekot ari lah.. ada nya kepc, ada pizza, ehek... nyaman lah.. ukan salu..hueheuheeu

erm.... lak mok jumpa aya.. mok jumpa aina.. mok jumpa yan.. mok jumpa ehem!!... aie.. sekda k b.. ehek.... joking jer...

erm... see u !!!

boleh boleh ???

Tuesday, January 19, 2010

Cinta itu bukan Tuhan :D

CINTA ITU BUKAN TUHAN!
Oleh: Pahrol Md Juoi (http://genta-rasa.com)

Seorang suami pernah meluahkan rasa hatinya kepada saya. Yakni tentang gangguan perasaan yang dialaminya. Dia diusik kenangan lama apabila bertemu dengan bekas kekasihnya semula. Entah kenapa perasaan cinta mereka seakan berputik kembali. “Kami terlalu cinta. Malangnya kami tidak ada jodoh. Kami terpaksa berpisah dan kemudiannya menemui jodoh masing-masing.”

Dia mengadu setelah hampir sepuluh tahun, tidak sangka hatinya masih berbunga cinta. Dan ajaibnya cinta, ia tidak mengenal usia. Sedangkan kini dia sudah punya dua orang anak dan kekas kekasihnya pun ada seorang anak. Masing-masing sudah punya keluarga. “Apa masalahnya?” tanya saya seperti sukar memahaminya. Dia kemudian mengakuinya bahawa bekas kekasihnya pun rupa-rupanya juga masih mencintainya.

Cinta bukan Tuhan, itulah jawapan pendek yang saya berikan padanya. Saya tegaskan tidak semua kehendak cinta mesti kita patuhi. Bila cinta melanggar batas-batas rasional, nilai-nilai kemanusiaan dan yang paling utama melanggar syariat, kehendaknya mesti dihentikan. Saya ingatkan kepadanya, pertimbangkanlah bagaimana nasib isteri dan anak-anaknya nanti jika kehendak cinta yang “gila” itu dipenuhi. Pergi memburu cinta yang tidak pasti, lalu meninggalkan anak-anak dan isteri yang diamanahkan Allah… Berbaloikah?

Dan yang paling utama, bagaimana pula hukum Allah yang akan dilanggar jika hubungan terlarang (haram) itu diteruskan. Mencinta isteri dan suami orang adalah haram. Curang itu khianat. Khianat itu adalah antara ciri kemunafikan. Ya, cinta memang buta, tetapi orang yang bercinta (lebih-lebih lagi orang beriman) jangan pula sampai buta mata hati untuk mengawal dan mengendalikan rasa cinta. Demi cinta sanggup berdosa? Demi cinta sanggup menempah neraka? Fikir dan zikirkanlah (ingatkanlah)!

Malangnya, begitulah realitinya kini. Cinta dimertabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung… Demi cinta segala-galanya berani diterjah dan sanggup diredah. Tidak percaya? Bacalah masalah-masalah masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Isteri jatuh cinta pada suami orang. Suami jatuh cinta kepada wanita lain dan rela meminggirkan isteri sendiri. Bila ditanya kenapa? Kebanyakannya menjawab, “apa boleh buat, kami sudah jatuh cinta!”

Inilah gara-gara dan bahananya menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem “yang sewaktu dengannya”. Inilah impak lagu-lagu cinta yang menyumbat telinga dan menyempitkan jiwa. Secara tidak sedar filem-filem dan lagu-lagu itu telah menawan “akal bawah sedar” sesetengah masyarakat, bukan sahaja remaja, bahkan “retua” hingga sanggup menobatkan cinta sebagai Tuhan dalam kehidupan.

Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin dalam filem-filem tersebut sanggup melepasi apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka. Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu-bapa dipinggirkan, kononnya kerana menghalang kehendak cinta. Apa sahaja plot dan klimaks cerita, cinta akan dimenangkan. Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta!

Mari kita renung sejenak. Cuba tanyakan siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? Tentu sahaja jawabnya ialah Allah. Allah mencipta manusia, hati, akal dan perasaannya. Cinta itu fitrah yang dikurniakan Allah pada setiap hati. Lalu kita tanyakan lagi untuk apakah Allah berikan naluri cinta ini?

Untuk mengetahui apa tujuan cinta kita perlu kembali kepada persoalan asas, untuk apa manusia dijadikan? Ini adalah kerana semua yang diberikan Allah kepada manusia adalah untuk memudahkan manusia menjalankan tujuan ia diciptakan oleh Allah. Apakah tujuan Allah menciptakan manusia? Tidak lain, hanya untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.

Ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firman-Nya:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba (beribadah) kepada-Ku.” (Al Dhariyat 51: 56)

Dan Allah menegaskan lagi:
“Kami jadikan di muka bumi manusia sebagai khalifah.”

Dua tujuan penciptaan manusia ini adalah amanah yang sangat berat. Allah menegaskan lagi:
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, namun semuanya enggan memikul amanat itu kerana mereka khuatir mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu tersangat zalim dan jahil.” (Al Ahzab:72)

Sebagai hamba Allah, manusia perlu mengabdikan dirinya kepada Allah setiap masa, ketika dan di mana sahaja. Ia perlu menjadi manusia yang baik melalui ibadah-ibadah fardu Ain yang diwajibkan secara personel oleh Allah ke atas dirinya. Dan sebagai khalifah di muka bumi, manusia perlu mengurus, mentadbir dan memakmurkan muka bumi ini berpandukan hukum-hakam Allah s.w.t. Ini adalah tanggung-jawab yang berat dan memerlukan penyertaan orang lain bersama-sama untuk dilaksanakan. Kebanyakannya amalan berbentuk fardu kifayah ini memerlukan tenaga jemaah.

Allah swt Maha Mengetahui akan kelemahan manusia. Dua tujuan yang besar penciptaan manusia itu tidak boleh dipikul secara bersendirian. Justeru, awal-awal lagi manusia ujud secara “co-existance” (ujud secara bersama). Kebersamaan ini sangat perlu untuk memberi kekuatan bagi memikul tujuan hidup yang sangat besar dan berat itu. Dan titik awal perpaduan antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain ialah hubungan suami-isteri yang membentuk sebuah keluarga.

Keluarga adalah nukleus yang pertama dalam hubungan sesama manusia. Daripada sebuah keluarga terbentuklah masyarakat, daripada penyatuan masyarakat terbentuklah daerah, negeri, negara dan akhirnya dunia kehidupan yang lebih besar dan luas. Lihatlah bagaimana segala bentuk perhubungan itu semuanya berasal daripada hubungan seorang lelaki (suami) dan seorang wanita (isteri).

Maha suci Allah yang menyatukan manusia dalam pakej-pakej perhubungan yang bernama keluarga, masyarakat, daerah, negeri, negara dan dunia antarabangsa. Semua itu untuk apa? Ya, untuk bersatu bagi menjalankan peranan mereka sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Tugas yang berat dan mencabar itu akan terasa lebih mudah jika dipikul bersama-sama. Tanpa hubungan dan bantuan daripada orang lain, manusia tidak akan terpikul amanah yang besar itu.

Sesungguhnya, untuk memulakan tapak asas atau benih permulaan hubungan antara manusia dengan manusia itulah Allah ciptakan rasa cinta. Allah datangkan rasa rindu, sepi dan inginkan teman di dalam hati Nabi Adam. Pada hal Nabi Adam tinggal di syurga – tempat terhimpunnya segala nikmat dan keindahan.

Namun, tanpa seorang “teman wanita”, Nabi Adam masih terasa kesepian jua. Allah jugalah yang mengurniakan rasa itu, untuk menjadi sebab terbentuk hubungan suami-isteri yang kemudiannya menjadi sebab pula lahirlah zuriat demi zuriat yang melahirkan generasi manusia.

Dan kemudian datanglah musim ujian. Cinta mereka berdua terpisah ketika “tercampak” ke alam dunia. Setelah sekian lama cinta mereka terpisah (sebagai kafarah satu kesalahan), akhirnya mereka bertemu di padang Arafah. Dan dari situlah bergabunglah jiwa, minda, perasaan dan tenaga mereka berdua untuk menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah di dunia.

Cinta itu bukan tujuan… Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.”

Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.

Mungkin rasa seperti itulah yang berbunga di dalam jiwa si suami yang diimbau nostalgia cinta lama oleh bekas kekasihnya yang saya sebut pada awal tulisan ini. Kerana cinta, terdetik dalam hatinya untuk bersama bekas kekasih walaupun terpaksa mengorbankan anak dan isterinya. Mungkin rasa cinta itulah juga yang menyebabkan ramai wanita mengorbankan kehormatan diri kepada kekasih hati demi membuktikan ketulusan cintanya. Mungkin kerana itulah juga seorang anak sanggup berpisah dengan ibu-bapanya demi memburu cinta.

Bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu. Bila tujuan suci dan hakiki dipinggirkan, timbullah tujuan keji dan ilusi sebagai ganti. Sering terjadi nafsu seks dijadikan tujuan di sebalik rasa cinta. Cinta yang berbaur dengan kehendak seks inilah yang pernah dikecam oleh Al Farabi dengan katanya: “Cinta yang berlandaskan nafsu seks adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan!”

Ironinya, ada yang berkata, “Lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Wanita memberi seks untuk mendapatkan cinta.” Eksploitasi dan manipulasi cinta ini tidak akan memberi kebahagiaan kepada sesiapa – baik kepada lelaki mahupun kepada wanita. Lelaki yang mendapat seks dengan memperalatkan cinta, tidak akan pernah puas. Kehendak nafsu tidak terbatas dan tidak akan pernah puas. Melayani nafsu, umpama minum air laut… semakin diminum, semakin haus. Manakala wanita yang memberi seks, kononnya untuk mendapat cinta, tidak akan mendapat cinta yang sejati. Mereka hanya akan menemui kasanova dan lelaki hidung belang yang hanya cinta sebelum dapat apa yang diidamkan, tetapi tunggulah sebaik sahaja habis manis sepahnya dibuang. Wanita-wanita malang ini bukan hanya kehilangan cinta, tetapi hilang maruah, kehormatan dan harga diri.

Letakkanlah cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah. Ujudkanlah rumah tangga bahagia yang menjadi wadah tertegaknya kalimah Allah.

SYURGA RUMAHTANGGA

Binalah rumah-tangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk… Allah jua

Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
tempat merujuk segala kekusutan
tempat mencari semua penyelesaian
rumah jadi sambungan madrasah
berputiklah mawaddah…
berbuahlah rahmah

Inilah kunci kebahagiaan rumah-tangga
setia dan penyayang seorang suami
cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
lahirlah zuriat yang soleh dan solehah!


p/s khas buat teman2 ku yang bakal mendirikan ru mah tangga tahun ini.... dan peringatan untuk sendiri :)

Sunday, January 17, 2010

serentak or asing2?

salam blog...

aku balit tek dah kol 9 malam dah ari.. dari kol 9 pagi ku d opis.. boleh tahan.. erm.. arap berjalan lancar jaklah kerja ku tok. sik tahan ku lamak2 gk dah d opis. sidak lain tek masih. aku? aku padah ngn bos aku nak balit. aku sambung polah d umah jaklah. nasib bos suruh. sebab aku perempuan. driving sorang2 malam2 tok.. jauh lah juak..
tapi ritok aku tido umah kawan ku. ramey2 kmk org sitok koh. asa org bujang jak. (aie.. bukan bujang ka aku tok?)
ehehe... lepas aku tulis blog tok. aku nak sambong plah keja gik. doakan kesejahteraan aku ya kawan2.. ehehhehe

oh.. tadik.. tengah ku ngidang makanan k kengkawan ku nak. adalah sorang member ku tok.. nya ajak ku kawen sama taun tok ... kira sama sanding dengannya kelaklah.. ehek... mampush..
bukan ku sikmok... cuma.. eheh... sik pandey ku nak jawab soklan nya koh..
cuma ku padah..

"bonus nar soklan kitak ya.. kedak nanyak.. mok g bolibed tek?"

ehek.. paham sik point aku sitok..? nya nanyak.. nya expect mok jawapan terus bah...
dush...dush..dush..

aku speechless.. series..

best juak nak sanding rami2 tok ow..
1- save bajet
2- meriah gik. rami org bah.. dari 4 belah pihak keluarga
3- sama member main.. eheh.. berolah jaklah tas pelamin nak ow...
4- bukan salu ku kawen.. apa salah kawen rami2.. ehek

nok sik bes lak..
1- bukan salu ku kawen.. rami2 sama2 sanding lak... aku sik jadi center of attention lak.. YERR.. ya duhal tek
2- sik tekabey nak melayan rami gilak
3- asak ati nangga kawan kawen. sikpat nak berolah ilak.. ne dirikpun tas pelamin nak...

ehek.. kesimpulannya??

patut sik sanding sama tok??? apa kata survey ??

eheh.. plus.. ktk org da kenal2 sapa2 juak kawen dalam taun tok siK? aku ada kupon/voucher diskaun... k wedding pun studio.. tp... valid taun tok jak.. sayang bah sik d pakey owh... erm...

ktk org mok ka???

lalala... mok sambong keja lok. belakang dah sakit..

sayang.. urut lok... erkkk~

pagi sok ku turun opis gik..lalalala rajin sik aku?

Thursday, January 14, 2010

Obertaim

hai semua...
semenjak dah sekda internet agik tok nak. jarang dah nak update blog apatah lagik update fb. erm. asa macam sekda apa juak nak d update lam fesbuk bah.mun da benda2 best adalh. ingt nak pasang tenet rah phone jak. sak dapat anytime anywhere. p macam .. erm.. apa jak guna ku salu gilak ngn tenet nak? mun dah k phone neyda pat banyak gilak macam. mesti ckit macam jak bah. eheh.. ya ku lemau..

bah bah... apa khabar 'nya'?
aku harapnya sihat jaklah. rindulah juak aku ngnnya. tp memandangkan banyak gilak halangan. and mcm statement yg aya penah padah.... mungkin nya lebih happy time tok. kan ?

dalam opis time tok. mmg sangat sejuk. tahap beku dah koh. mok naep pun tgn dah asa keruk dah .. ujan lebat lagik.. heh...

oh.. ritok tek kak meeting. ada gk plan baru d semenanjong nun. erm.. sekali ria soh ubah. sekali gik mok maintain. sekali padah dah bagus. sekali padah gk mok ubah gk. apa mok tokrang tok ? eheh.. ritok dah ri khamis... mok subbmit before ri senin... ada lebih kurang 30 building. cmne tok??? mok ot 24 hours ka ??

bah... mok polah keja lok.. sekpat nak ot lok ritok..ada keja pat len.. ari sabtu pun sekpat mok ot.. mok g koke... ekekekekekekkekeke

Tuesday, January 5, 2010

ehek..ehekk...wawawawa....lala

salam....
aritok ... aku nak cerita kitlah. aku sedih gilak koh. aku ilang kawan. apahal? erm... sebab nya ex aku.. yes.. he is my ex boyfriend.. mun masok taun tok dah dekat nak 5 tahun dah mek org berkawan.. lamak lah juak. dolok kenal macam2 ya jak. then we start to be close. dari nya masih sekolah lagik.
he's like my spirit when i was down. we understand each others like nobody is. macam. penah sik ktk org jumpa some1 yang baruk ktk org kenal but then, u guys blend is so well. i bet u guys have right? mcm ya lah juak mek duak. mula2 berkawan lok. he's not the type of person whose into messaging or calling so much. seriously.. hp nya mmg nya akan letak sebarang jak and mmg susahlah nak ncarik nya unless nya ncarik kta. sometimes benda kecik macam ya pun leh wat aku kecik ati. ehehe.. entahlah.. kawan kot. and plus... he's the 1st person i like. erm... kira mcmtoklah...
salu kan kita tga org, bla jalan2.. eh suka ku tga nya nun... or admire admire ngn org ka... something like that.. well... fyi, selamak aku idup. aku sik pernah suka dengan org. even time bergerek. aku sik pernah suka dengan gerek aku ya mula2. and he is the 1st. dont ask me why. he's not handsome and so on. maybe we just blend in so well. bila kita selesa talking and hang out with that person. who cares about the appearance? siapa peduli dengan darjat?

i still remember, time bulan posa 2 years back, nya akan kol aku everytime nya abis teraweh, he will call me. every single nite. we will talked about.. nothing.. crap here and there. really.. how i miss those moment.

then, after few years, we guys go serious. he always datang kch. and sometimes stay here for months... just to be with me or i asked him too .. hehe. that is just sweet enough for me. and after 2 years of struggling. after all UPS and DOWN. kmk org dah jumpa jalan buntu. too many things happen.

dengki kah org dengan aku? aku sik tauk. bygkan, kalau ada kawan ko sendiri yg buat jaik dengan kau? yg boleh smpy menidakkan kehadiran nya dalam hidup aku. i have thick black bad things have happen to me in my life. something that can never be forget easily. but hey. he accept me. for who i am. and i am very thankful for that. i also have another person whom i called friends. but... they backstabbed me. the intention? i never knew. aku sik pernah tauk apa niat sidak smpy kinektok. apa salah aku dengan sidak smpy sidak jaikkan nama aku? burukkan aku .. in front of him. but.. he trust me. just maybe a little bit perasaan kurang pasti adakah benda ya bena or sik... tapi aku sik salahkannya. sebab.. mun aku dalam situasi nya pun. mungkin aku dah melenting. tp nya kool.

kepada insan yang bergelar kawan ya. aku sik pernah berdendam dengan kau. biarpun ko dah jaja nama aku. ko dah jaikkan aku ko dah burukkan aku. biarpun kau bukan penyebab utama keruntuhan hubungan tok. tp kau penyumbang setia. tp... still.. aku masih layan kau macam kawan. mcm famili aku pun. aku masih invite kau pergi event famili and friends kmk org. dengan harapan. kau berubah. tp ko sik pernah berubah. makin hari ko makin sakitkan ati aku. aku saba jak. sebab aku syg kau. aku sik mok ilang kawan. sik mok. biarpun seorang!! biarlah aku sakit ati, biarlah aku ngerepak jak2 sebab kau sik pandey berubah. aku sanggup hadapi semua ya. tp aku sik sanggup mun aku ilang kawan. aku sik pernah salahkan kau kerana jadi penyumbang setia dalam keruntuhan tok. tp aku mok ko sedar, cmne mun aku yg polah kau mcm ya?? jgn padah aku lah.. amik kata org lain. ko mesti sik suka. dan komesti dah masukkan org ya dalam black list kan ?

aku tauk ko baca tok. aku tauk kau sedar siapa kau. ingat.. aku sentiasa sayang kau biarpun kau dah tinggalkan kesan dalam dirik aku tok. bebalit dengan cita aku. ya salah satu penyebab. penyebab lain adalah kewujudan org ke 3 ke 4 ke 5 dan etc. bukan atas dasar suka. tapi atas dasar paksarela. benda ya biarlah aku simpan jak. cukuplah secara general jak. belom masok cita famili gik. kerana dia... aku? hilang pendirian. hilang kawalan diri, mentaliti. setahun.. aku asingkan diri daripada dunia luar. coz i lost my other half. aku kalah dalam perlawanan di mata dunia ya. aku boleh menang dalam hubungan kmk duak. tp bila di bawa ke mata dunia. aku kalah. aku sabar bila aku kenak anok. aku telan bila sumpah seranah dari famili nya melayang ke arah aku. aku berdiam diri bila semua nya jatuh depan mata aku. time ya? aku hanya mampu nangis jak. aku hanya mampu berdoa dan serahkan semua padah ALLAH s.w.t jak. macam org gila pun ada. aku sikda kawan dah time ya. sebab kawan semua salahkan aku. untuk apa? aku pun sik tauk. d cne tokrang time ya wahai kawan? di cne tokrang time aku perlukan tokrang gilak2?? famili? famili aku sik macam famili kebanyakan. sebab ya kdg2 aku jeles bila baca blog org. they have a quality times with their mom, dad, sibling. aku jeles gilak2. sebab ya aku banyak bergantung dengan kawan, rakan, dan sahabat. aku cuba kuatkan semangat. tp aku gagal. sebulan berlalu, dua tiga enam.. . setahun.. isolated. hidup aku time ya? bangun.. nangis... carik keja... nangis... sebab time ya aku belom keja.. bila dah aku dapat keja.. aku bersyukur gilak2... at least benda ya dapat distract aku sikit dripa pikir semua ya kan? tp sik lamak. bila pegi keja... dah time lunch hour. semua dah keluar.. aku seorang dirik lagik.. dan aku nangis lagik...

but, he never leave my side, as much as i never leave his.
tapi.. hanya sebagai seorang kawan.

now,
i cant even contact him thru phone, fb, ym, etc etc... why?

becoz gerek baru nya sik suka aku! hahahaha
gerek yang nya agong2 kan dolok.. yg pernah aku mok tanya apa hubungan nya duak dolok. tp my ex bf sik soh sebab nya claim yg this girl is a goody-goody little girl yg bukan daring mcm aku to approach people.
ok.. aku terimak semua ya..

hey.. guess what?? SHE msg me and marah aku macam2.. kata aku macam2...

and i was like.. oh.. inikah perempuan yang dikatakan goody-goody little girl itu ?? dia lebih daring dari aku..
and she said that....
"aku sik kesah mun nya nak berkawan dengan perempuan lain. as long as bukan dengan kau. sekda org boleh berkawan agik lepas bergerek. so back off!"

what makes me laugh so hard that time is... he TRUST him with other girls... but not me. because im his ex gf.

and to her point of view... boys and girls who has been in a relationship before and break off.. cannot be friend anymore....

and i was like ()!)(&#*(^!*&#^%*!&%#*&%!^(#&)!(*#)!)(#^*!%#&(!^&#)!&#!^#!*R%$!&^*$&!()(*$!($!&*(!)_

Monday, January 4, 2010

wan derop perfeyuum~

have u guys tried one drop perfume ?
can any of u guys give any suggestion on which one the best and all? im planning to buy it but i dunno if its worth it or not...
what do u think ???