Wednesday, August 25, 2010

Posh76 GiveAway Anniversary 2010

Salam... hehe (ketawa dulu), kerana entry aku kali ni, by hook or by crook, harus dilaksanakan dalam bahasa baku =D (takut ada orang tak faham :D)

Amni dah tag aku (tapi sebelum dia tag dia dah pujok aku dulu nak soh aku jawab entry ni... so.. here it goes)

“Posh76 GiveAway Anniversary 2010”
SAYA INGINKAN ANNIVERSARY saya disambut dengan,


Bangun pagi dan solat bersama, kalau boleh nak buat breakfast pun sama2. Tapi kamu lebih suka kan kalau aku yang masak. Macammana pun kamu liat sangat nak masak.
Kamu cakap kamu cuma masak pada special occasion jer. Eh.. anniversary bukan special ke? YEAH! Kalau gitu dah sah2 lah kamu yang masak... kan? Takpelah, kali ni buat lain skit, bukan aku jer yang masak dan bukan kamu yang masak. Tapi kita masak sama2 ek?

Lepas tu, mesti kamu ajak jalan2. Tak kira pergi mana pun, janji, bukan stay kat umah. Sebab kamu cakap, hari2 pun boleh stay kat rumah. Takkan hari special pun nak stay kat rumah? Aku? Aku OK jer. Rumah atau luar, sama jer kan as long as, kamu ada XDPagi tu biasanya kita window shopping dulu kan? Mungkin orang lain dah biasa dah window shopping. Tapi kita window shopping bukan untuk hari2 biasa kan? Kita shopping untuk hadiah istimewa yang direct beli terus hari tu. Takde advance atau belated :D

Teringat pula time2 masing2 takde duit dulu, yelah, duit ada tapi tak dapat la nak belanja sakan walaupun hari istimewa. Kamu keluar hari tu, dan balik kamu bawa kek kecik. Sampai hari ni aku masih simpan gambar (nak simpan kek tak dapat :P)



Aku tak mintak apa2 pun. Tapi kamu gigih kan? Itu buat aku sayang kamu :) Tapi, time tu, aku yang takde beri hadiah buat kamu. Jahat kan aku? Tapi itu dulu.


Lepas window shopping (mesti ada hadiah), kamu beri aku bunga. Aku tak minat pun bunga. Tapi sebab kamu yang kasi. Takkan aku nak buang kot? Lagipun, bila bunga itu daripada kamu. Tiba2 pulak aku rasa aku TERsuka dengan bunga.. eh..? Kali ni bunga apa pulak? Takde pun takpe :)

Lepas tu kita jalan lagi, dan sampai kat Crowne Tower, kamu masuk kedai ni dan terus sambar satu makhluk lembut. Tak tanya lagi dah kamu pegi kaunter dan bayar. Eleh.. besao tu!! Tapi...tapi.. aku suka~ Sungguh! Aku tak tipu. Kalau boleh nak lagi ? (tak bersyukur tol) hehe takdelah.Tapi, kamu pulak yang lebih2 main dengan dia ek? XD Aku tahu aku happy time tu. Dan aku juga tahu kamu happy kan. Tapi.. tapi. aku masih jugak belum ada hadiah untuk kamu. Kali ni aku nak demand pulak boleh? Tapi aku selalu tak tahu nak apa. Erm.. ok tak payahlah. Biar kamu jer fikir nak bagi aku apa :D


Kalau dulu, kita selalu main Laser Tag kan, hari2 special pun kita spend dengan kengkawan. Eh.. kali ni biar kita berdua je lah ok? Hari biasa pun boleh spend dengan kawan2. Tapi kalau main Laser Tag, takkan nak main berdua je kot? Ah.. bawak geng lah! Tak pun, kita main go-kart jer. Eh, tak romantik tol sambut anniversary! takpe! jangan risau~ aku tak kisah pun. Suka! Lagi fun kan?



Kita jalan lagi pergi MBO, nak tengok wayang. Nak tengok cerita apa? Biasanya bila dah sampai kat wayang baru kita decide kan? Jarang sungguh dah plan baru nak pergi. Kat depan entrance tu jer dah cukup lama untuk kita argue pasal cita apa nak tengok. Tapi biasanya, kamu tak kisah pun nak tengok cerita apa. Kamu selalu suruh aku yg pilih. Dan aku pulak? Aku pun tak kisah nak tengok cerita apa dan aku juga akan suruh kamu pilih. hehe.. itu la pasal kita salu argue dulu depan entrance kan? Aku suruh kamu. Kamu suruh aku. Last2 kita tanya org kiri kanan cerita apa Top time tu dan tengok. Habis cerita! :D

Tapi sebelum masuk wayang, kamu mesti singgah beli Crepes dulu. Sengih2 jer kalau kamu cakap kamu nak beli. Tahu satu takkan cukup kan?



Habis tengok wayang, kamu mesti lapar. Kamu selalu lapar kan? Tapi kamu tak jugak besar2. Haish. Banyak sangat cacing ker dalam perut tu? Biasanya, kita pegi makan tepi sungai jer (Boyan), makan tomyam ker, kueh tiaw hongkong favourite aku. Tapi tempat tu dah tak macam dulu kan. Macam tak best plak. Takpe, nanti kita cuba plak kat Khatulistiwa, tempat favourite amni dan hubby. favourite ke? yang aku tahu, McD favourite kamu (walhal fav aku juga XD)

Tapi kali ni kita nak makan mana yer? Itu surprise! Kali ni aku yang akan bawa kamu makan. Itu hadiah aku ek? Mungkin. Aku nak bawa kamu makan ke tempat yang tak pernah kita pergi. Mungkin ke Khatulistiwa tempat Amni selalu pergi. Or, dinner for two kat hotel? Apa2 pun, aku tahu kamu takkan tolak. Sebab? Pasal makan. Semua kamu O.K jer. Janji Sedap!

****

Lepas tu, kita mesti pergi jalan2 kat pantai. Itu favourite kamu kan? Kamu suka duduk/jalan kat pantai tiap kali anniversary. Tak kisahlah pantai mana pun, janji aku dan kamu boleh duduk, bercakap sambil tengok sunset.


Sambil tu, kamu mesti nyanyi untuk aku. Sorang2 pun kamu layan, apatah lagi kalau dengan member kan? Bila dah kerja under consultant ni, jarang pulak aku tengok kamu nyanyi. Kamu stress ek? Takpe, nanti ada masa aku bawa kamu perg ikaraoke, ok?



Tunggu bila tiba anniversary tahun depan pulak. Kamu nak macam mana? Sama atau lain?

Apa2pun, aku tetap sayang kamu. Sebab kamu adalah Kamu.


dan sebab kamu sudi bawa handbag aku kalau aku tak nak bawa :P


dan paling penting, kamu baik sangat dengan budak2. Even anak2 abang aku pun kamu manjakan lebih! (Jeles ke?)


EH!.. aku nak bagi kamu apa nanti ek..?
=_="



Ermph!... nak tag si chantek stranger,v dan flo dan si abang derio dan erolnukman (aie raminya! sapa lagi nak?) 2 lelaki dan 2 perempuan. cukup? tambah sorang gik. ermiezentie

and my referral is MRS.Amni

saja jak. k ngegeh! :D



9 comments:

  1. sudah~~~ hahahaha.........
    gney kmk mok writting tok..hahahaha..
    lak mek jwb...heee...=p

    ReplyDelete
  2. aaa.....cam ada persamaan jak ktk dgn amni..suka jln2...byk tmpt d tuju...soping mek plg suka..hehehe..=p

    ReplyDelete
  3. tunggu sehari mok ngarang tok eh. perlu kaka malay standard nak..alu lmbt rasa..ok..terimas

    yer...yer...romantik juak gerek ktk owh

    ReplyDelete
  4. flo:
    yah. sekpa2. writing jak.. essay bah nak. hehe

    flo :
    ahaha banyak tmpt d tuju? neyda. kmk duak la mala angol pk sine gk nak d pg koh. hehe.. ya mek padah amni ria. mek copy paste jak ble sik. lebih kurang jak d plah mek 2

    bs:
    eheh.. aok.mek sari juak. kenak press amni ya. haha.. kmk pun asa alu lemau nyawa nak ngarang k melayu standard. hee.. eee... romantik ka? ada wak ikit. haha

    ReplyDelete
  5. arghhhhh.... tie, sik sanggup kamek nak molah tag tok t? coz apa nok d crita ktak dalam blog tok, banyak kenangan antara kamek dengan seseorang dolok... aduh aduh!!!! tapi, insya Allah, kamek try k? *nahan nak nangis bila kenang setaun yang lepas*

    ReplyDelete
  6. Alaa..main tag2 dibulan posa ni bisa membuatkan saya aus la. Nanti lah tunggu saya kurang aus lah.. baru saya jawap lah itu tag okeh? Apa-apa pun, jawapan tag kamu sungguh panjang. Nasib baik tak terusu jari tu menaip kan?

    ReplyDelete
  7. ke sia sitok jak berjalan ehhh! rindokkk. hehe

    ReplyDelete
  8. wah...wah wah...kacak kek ya...mesti kitak happy berlipat3..ehehehe...selamat ulangtahun cinta eh..ahaks!..aik..ulangtahun aku ngan bini aku gine hoo? hmm

    ReplyDelete