This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, December 31, 2011

Happy new year 2012

HAPPY NEW YEAR ALL!!!! 

TIME ni aku tak tau aku kat mana.. kalau nak tahu.. Sila tanya aku kat twitter oke! hehehehe

semoga korang semua happy2 malam ni dan sihat sentiasa. Mulakan hari anda dengan senyuman dan buat azam baru yang lebih bermakna oke!

kbye

Friday, December 30, 2011

Android Games

KOrang tahu kan android sekarang ni makin menjadi2 kepopularan nya ?
Jadi memandangkan aku dekat rumah dan mempunyai internet unlimited kan. So haruslah aku fully utilised semua tu.

Di antara penyebab2 aku jarang jugak update blog sekarang adalah kerana permainan di handphone ku....

Di antaranya ialah :

Earth AND Legend



Game ni aku dah sampai ke level paling tinggi tapi masih belum habis. Ada lagi part bos2 dia tu aku tak dapat nak lawan. Tapi memang layan la main game ni. Dia ala2 macam counter strike punya game tapi ni old school la sebab guna pedang or bow. Tapi memang layan. Aku dengan hubby main ni fight tengok sia hebat lagi dan ranking of course la aku masih pegang. hahahaha kalau dah aku start main ni boleh main dari pagi sampai malam.


F18 Carrier Lan 





Dari dulu lagi aku nak bawa kapal terbang tapi tak termampu, nak ikut kursus mahal sangat plus memang aku tak lepas la kalau bawakkan rabun ni kan. So ni lah saja untuk aku main.Tak dapat dulu nak beli flight simulator macam husband Videl punya so aku main android version jer lah. Cukup lah kan???




TRIAL X2





Game ni aku dah habis dah. Dah tamat. Dah uninstalled pun dan nak carik game lain. Game ni senang jer, main motosikal extreme jer pun. Tapi layan la jugak kalau dah mula main tu. Anak2 buah aku suka main game ni.


The Adventure of TinTin HD 






Yang ni pun maseh dalam progress. Sebab Earth and Legend aku dah nak hujung kan so aku installed ni. Dah jauh jugak lah. Kadang2 fed up tak dapat lawan bos dalam E&L tu aku main ni dulu. Main ni sempoi sikit sebab dia ikut jalan cerita. Main ni tangan mau pantas, IQ dan logik jugak.


Virtual Horse Racing 






HAH! ni bukanlah favourite aku tapi kalau kami semua ni nak main ramai2. ni lah kerja kami. Berjudi sikitttttttttt jer.. hahaha.. judi tipu jer pun... dalam game.. kita tak control kuda tu. Just kena pandai fikir kuda mana nak di pilih utk bet. Jarang jugak dah aku layan game ni sebab aku dah tahu macam mana nak menang... hahah jadi asyik menang pun tak bleh blah....


Game2 lain kalau aku rajin aku update lagi lah... banyak lagi game ni sebenarnya... Semenjak aku jadi student ni kan. Banyak game aku layan... banyak betol masa kau yer??









Jumaat plan tak jadi

Hari ini hari jumaat. Sepatutnya schedule aku memang penuh lah untuk hari ini

Pagi aku sepatutnya keluar dengan member dari Swinburn dulu tapi macam takde bunyi. So aku tunggu jer lah nanti macam mana keadaan nya.

Tengahari aku amik boyfriend aku sebab nak prepare barang untuk birthday nenek esok hari. means time new year. FYI, setiap tahun new year aku di sambut dengan nenek aku. Takpun nenek aku nak makan, dia mesti nak jalan waterfront tapi memandangkan dia jarang dah dapat nak jalan jaoh2. Bapak aku selalu book hotel dan suruh dia duduk tepi tingkap tengok org jalan. sebab selalunya dia dok terperuk kat rumah jer tak nak keluar.

Petang tu pulak aku maseh uruskan kerja

Malam Sepatutnya aku keluar dengan cewek2 kesayangan aku sejak dari kecik lagi. Tapi memandangkan macam tak cukup korum. Jadi tak tau ler jadi ke idak yer tak..

eh... apa macam semua planning aku macam tak jadi jer ni? sah2 aku dok rumah jer pagi esok sampai malam.... ngam 3 hari... tak ble tak ble.. kuota aku dok setempat hanya 3 hari. Lebih dari tu aku memberontak...

p/s bila dah terlebih rajin (tak tau nak buat apa lagi dah) banyak pulak entry aku nak buat hari ini.
Sebenarnya aku sekarang lebih tertarik kat twitter. Bukan aku tak sayang bl;og. Sayang.... sebab kebanyakan geng aku kat twitter pun datangnya dari blog ni jugak.... kan kan kan ? Sapa2 yang ada twitter tu jom add aku...

2011

Salam

First sekali aku nak ucapkan Happy Becoming New Year 2012.
Azam aku tahun depan aku, selain yang sudah sedia ada azam yang belum tercapai, aku nak tambah satu lagi. Aku nak blogging alot alot balik..... tapi ikut keadaan lah.
Satu sebab memang time aku dah pergi Sibu nanti line internet kat area campus memang susahlah nak cakap. Nak tarik line pun susah. kalau boleh line tu aku lukis sendiri dan automatic dia terus full.. Memang aku panjat bumbung tu dan lukis. Tapi semua tu buang masa aku jer sebab imaginasi semata2.

2011 dah nak berlalu. Aku rasa tahun ni paling kurang aku berblogging sedangkan tahun ni lah macam2 yang dah jadi kat aku kan. Previous post pun aku pernah cakap ...

2011
Aku Bertunang
Aku kahwin
Aku sambung study
Pointer gempak yang aku tak pernah dapat aku capai
tetiba di suruh jadi student counsil
Rumah renovate baru
Anak2 buah aku semua dah besar (fine. ini bukan aku. tapi impact nya semua kat aku)
Tanah mendap serian-sri aman


oh ya.. cakap pasal tanah mendap tu. Korang dah tengok kan? Jadi malaslah aku nak letakkan gambar ttu kat sini. sama jer pun. ada banyak alternative jalan yang diorang cakap kat aku tapi serius satu jalan pun aku tak tahu.

contoh lah kan:
Alternative Pertama
Kalau dari arah Serian, masok simpang Kampung Slabi
Kalau dari Arah Sri Aman, lalu simpang Kampung Krait batu 11

Alternative Kedua
Kch - Samarahan (Jalan UITM) - Tamirat - Asajaya _ Feri Sg Bulu - Simunjan - Sri Aman- Betong - Sarikei - SIbu


Kalau di ikutkan aku, memang alternatif kedua tu lebih jaoh. Aku sebenarnya takut bukan apa.. Aku tak dapat nak bajet minyak kereta nak berhenti kat mana.. hhahahaha..
oke.. itulah akibat nya kalau dah terlalu biasa dengan satu kebiasaan. Faham kan maksud aku?

BTW, aku notis banyak benda kat blogspot ni.
Satu layout dia dah lain.
Dua, semua blog yang aku pernah follow dulu BLOGSPOT NI DAH TELAN.
Aku dah follow seberapa banyak blog yang aku ingat dan masih ada. Kalau ada antara korang yang aku masih tak follow. Sila tinggalkan link. Serius aku tak tau kenapa blogspot ni buang link korang.
Mungkin dia ingat aku tak wujud lagi kot sebab dah JARANG JARANG nak update kan.
pandai merajuk pulak kau...

Baiklah. Saya berhenti setakat di sini sahaja. Memang betul kata orang. kalau dah lama tak berblogging ni memang makin gian. Sekarang aku rasakan yang tangan aku tak dapat nak berhenti menaip tapi seharusnya aku berhenti menaip sebab aku tahu korang bukannya reti nak baca semua benda yang aku taip pun kan ? Korang baca atas... skrolll skroll skroll tengah skroll skroll skorll ending lepas tu komen..


HAAA... aku tau...

kbye

Wednesday, November 16, 2011

Knock...knock...!!

Knock....knockkk!!!

Hello blog, its been a while since I update you!!
I miss you so much! Yerdeh...

This is actually a short update. I'm feeling a little down and emo now coz of all the hectic work and assignment and presentation and modelling that queue non stop.

Well, that is a student life right? Hehe
Siapa sangka aku bergelar student lagi? Pejam celik hampir setahun berlalu sebagai student.
Hampir setahun jugak dah jadi isteri orang.
Hampir setahun ni jugak blog ni bersawang.
Oh kesian... Bukan aku tak cinta blog ni lagi. Tapi... Tapi. Komitmen! Yerr.. Macam ko sorang berkomitmen. Wekk!

Oke.. I promise myself I will try to update as much as I want. When else I've got to experience my student + family life right?

Chow! Back to work!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, October 5, 2011

Post setelah sekian lama sik nge-post

Its been a while since i updated my blog. hahaha.. ok.. fine.. its more than a while. Kesiannya my blog terabai di sana sini tanpa kasih sayang dariku. Spiderweb di mana2 di sini, di sana di atas dan bawah dan di hujong sana.

OK. Stop it.

Aku nak cakap yang aku mungkin akan mengabaikan sedikit blog aku ni untuk sekian kalinya. Lets say top..... 3 years? hhehehe.. bukan aku tak sayang blog ni, sayang... sayang sangat. Lagi sayang aku dengan mereka2 yang membaca blog ni. Masalahnya sekaran, selain daripada duty call utk aku belaja. Yang sekarang memakan masa aku yang terlampau banyak.. Pagi petang siang dan malam, 24/7.
Internet line di sini juga adalah menyakitkan hati yang teramat sangat! ok fine.

aku tak nak cakap pasal kerja. sebab korang memang dah sedia ada tahu betapa stressnya aku dengan kerja aku ni. (bagi mereka yang ada Twitter aku lah. memang pasti akan kedengaran aku merintih merayu kesepian di tengah malam dek assignment yang melambak)

ok. kenapa aku terasa macam aku merapu entah apa2 dalam ni?

oh ya... untuk mengukuhkan betapa aku sayang blog aku ni, dan aku tak sempat dan tak nak upload sebab certain circumstance. huhu...
previously, i think dalam last week or 2 weeks ago. Aku dah upload gambar. BANYAK! gambar untuk LANTERN MAKING competition tu. Dan siap dengan essay lagi tu untuk tatapan korang semua.
Dan oleh kerana, sekali lagi aku ulang, INTERNET HERE SUCKS! jadi bila saja aku tekan publish, terus dia hilang. Saying no connection. GASP!!!
what?
ok fine. aku back, dengan hati berdebar2 aku membuka draft berharap dia berada di sana. but to my amazed. NO!!!!!
takde pun dia masok dalam tu.. entah apa2 ntah lah.













BYE!!!!!!!!!!!! laki ku dah datang.. nak balit lok ahh.. heheheheheh :P

Tuesday, September 6, 2011

formspring.me

Friday, August 5, 2011

Dugaan


Semalam, on the way nak amik anak buah aku balik sekolah kat St.Joseph. TIba-tiba kereta yang aku guna (kereta ayahanda aku) berhenti di tengah2 jalan. Tengah driving tu, tiba-tiba kereta tu berhenti. Nasib baiklah time tu takde kereta lain yang follow. Kalau tak dah berciuman kereta tu nanti. Bila nak start balik, tak dapat. Bila check, rupa2nya dah overheat sangat. Seriously, meter dah naik sampai ke atas... phewww.... nasib tak meletup kereta.. haish..

Lama la jugak kami terkandas dalam kereta tu. Time tu kat depan Balai Polis Badaruddin. Memang ngam2 lepas traffic light. Nak tunggu kat luar takda tempat berteduh pun, sama jugak panas macam kat dalam. Tunggu dalam kereta macam dalam mikrowave pun ada.Kena bakar. hahaha.... Kereta yang lalu lalang. asyik nak membunyikan hon jer. macam lah aku sengaja nak parking tak berapa tepi jalan tu kan. Kalau ada orang nak tolong aku tolak kereta ke tepi boleh lah. Ni.. aku nak tolak sorang? Weyyy! kereta bapak aku berat hokeh!

Then, tiba2 ada sorang hamba Allah ni yang sedang membonceng motosikal berhenti kat belakang kereta. Dia offer nak tolong tolak kereta kat tepi sikit sebab takut ada kereta yang laju masok simpang tak tengok lah kan. Bila nak tolak jer, nak tukar gear masok N (Neutral) -Kereta auto hokeh. Gear dah jem. Alamak. Ni pasal apa pulak ni? aku pun dah tak tahu. CUba lagi tetap tak dapat. Hamba Allah ni gigih jugak nak tolak. AKu cakap memangla tak dapat. Auto tu. Bukannya manual. Last2 tak dapat jugak. DIa cakap sorry. sebab dia tak tahu apa2 pun pasal kereta ni. Hehehe... turn out rupanya dia polis kat sana. tapi tak bertugas time tu. Dengan dia punya pegawai pun berhenti sekali time tu.

Jadi bermulalah aktiviti berpanasan dalam kereta semula. Time tu dalam pukul 2 petang. Matahari tegak memancar di atas. Dugaan bulan puasa kan? huhu.... Saba jerlah. AKu dah kol ayahanda. TUnggu dia datang amik dan bawa mekanik. Tapi tak sampai2. Tiba-tiba datang lagi seorang lelaki out of nowhere menyeberang jalan raya menggunakan baju pink berwajah puteh. ecewah.. introduction bukan main kan? lol

Lelaki ni bangsa cina. Dia tanya kenapa. nak tolong tolak ke tepi ker? aaku cakaplah gear jem. tak dapat tolak. Terus dia cakap bla bla bla bla bla bla.. aku pun jawab bla bla bla. BIla dah memang takde jawapan. Dia check boot enjin depan. Cakap mungkin kurang air. Tanya ada air dalam kereta tak ? Aku jawab la takde. Then dia cakap nak try mintak air dalam balai polis.

Tak lama lepas tu, ayahanda aku dengan uncle jasmi pun dtg. Aku dgn uncle pi amik anak buah aku kat sekolah. Time tu jugak aku tengok lelaki cina tadi datang bawak tong air.




Fuh... gigih tu dia bawak ni. DIa cakap dia amik kat rumah dia dan angkut ke sini. Kesian tengok kami berpeloh2 time puasa katanya. huhu.. Tak semua orang jahat kan ?


Terima kasih kepada yang sudi berhenti menolong dan kepada yang sudi membunyikan hon. hoho...









Tuesday, August 2, 2011

Baby Singing Along THe Lazy SOng =D

JUst wanna share this cute little video dancing along to Bruno Mars Music, The Lazy Song.
Cute huh? LOL



video

Monday, July 18, 2011

Another Picture of My Big Day


 Four months has passed since My Big Day. How times flies right? Everything going well for now, and I hope its for a very very long time... Forever is way too metaphore since i dont live forever right? hehee... 
Tak dapat nak upload semua since line tersangatlah 'cantik' a.k.a terlalu terok. 

A little something again, from my wedding ceremony on March this year =D



 My family on the right side and my in-laws on the left side :)
 Theme?
Purple-ish + Pinky-ish = Magenta = Sanding
Brown-ish + Gold-ish = Browgold? Lol = Tunang

Time Majlis Pertunangan 



 Tapak Cincin Tunang dan Tanda Tunang =D 



Penyambut Tetamu Junior a.k.a My Beloved Nephew/Niece



 Akad Nikah 
Find me! lol =P





See you guys on another entry next time :)

Wednesday, July 13, 2011

Not so Wordless Wednesday

Drooling enough? *giggles*
:P
Published with Blogger-droid v1.7.2

Tuesday, July 12, 2011

maaf

Maaf aku busy sekarang time ni... InsyaAllah kalau takda apa dalam seminggu dua aku akan mengaktifkan diri balik. For the time being, kalau nak senang cari aku, thru LiveProfile dan twitter. Yang ada num aku call lah paling senang kan.


Anyway, ni roomate aku sekarang
:P
Peneman di kala sedih dan gumbira. Hahahahaha..... Jumpa lagi!

P/s sorry kalau ada komen aku belom sempat reply
Published with Blogger-droid v1.7.2

Thursday, July 7, 2011

Love itu Cinta. Cinta itu sayang. Sayang bukan Cinta.

Love is not something that can be taken lightly. 
Although sometimes, these is what really lack nowadays. 

Cinta itu indah.
 But the feels wont be the same if one sided is treating the other half of them cold 
and unfairly. 

Monday, June 27, 2011

High Expectation Father??

How's your father?

hehe the reason i asked this is because, i was wondering, do you guys ever encounter a Father/daddy/bapak/papa/ayahanda that is wayy to high in expectation?

I come across this one site in facebook... errr... See for youself =D


Scenario 1 :

You go for an exam. You always get C or D or worst, FAIL. Then one magical day, you got B+ for your result. Will your father act this way?







Scenario 2 :

You asked you father to open a Facebook account =D







Scenario 3 :

Your hanging out at your friend's crib and suddenly there is an incoming message from your father







Scenario 4 (Ask your mama or papa) :

Err.. you just born.. and... err... just read =P







Scenario 5 :

You got some disease and this is how your father react




Is that what happen when you have WAY TO HIGH EXPECTATION FROM A FATHER?
i wonder who ever EVER come across this kind of situation.

Care to share?? =D



LOL.. semua yang di atas hanyalah gurauan semata-mata. Tiada paksaan, keganasan atau memalukan mana-mana pihak terutama ayahanda yang tercinta.

Happy BELATED Father's Day DADDY!! I'm WAY HAPPY cause your not in any one of the above choices :)




p/s below picture is cute











Saturday, June 25, 2011

Bang, jom g jalan jalan!




Join segmen terbaru dari blog BEN ASHAARI

Sekali sekala kita berblog walking dan memblog walking. Oke. Aku cakap apa ni? 
Sila join kalau nak join ok~ hehe tiada paksaan. Cari kawan baru. Tak salah kan? errr.... jom Terjah! 

click jer link kat bawah ni =D 

BEN ASHAARI SEGMEN




Santai Bersama BEN ASHAARI
































Friday, June 24, 2011

Kalau (dot...dot...dot)

First of all, hari ini hari Jumaat.

Second thing, hari ini aku takde kelas.

Third thing, hari ini aku macam nak keluar jer.

Fourth, errrr..... abaikan semua number2 ini, ini adalah kejadian yang berlaku kalau aku sudah dilanda keboringan yang amat sangat. Kalau dulu aku selalu complain pasal kat Kuching bosan kan? Sekarang kat tempat ni aku lagi bosan. *sigh* itulah dulu tak reti nak hargai. Sekarang bukan depan mata baru kau nak hargai kan.

Kalau kat Kuching boleh jugak aku pergi D11 ker, MBO tengok wayang ker, seriously sekarang ni banyak dah cerita baru dalam wayang yang aku miss tengok dah. Kat sini nak cakap takde wayang, tipu lah kot. Adalah, tapi feel dia macam tak best pulak aku tengok.

Kalau kat Kuching, mesti aku dengan husband dah pergi karaoke kalau bosan. Yalah kan, nak karaoke RM8 jer... kalau kat sini, nak karaoke sekejap pun dah mencecah RM200. Fuh... semata2?? BAik tak payah...

Kalau kat Kuching, mesti mak bapak dah masak untuk aku. Kat sini? Aku sendiri nak masak pun tak dapat. Tak boleh masak derrrr..... Nanti kena cekup kena buang terus. Adalah jugak mereka2 yang melanggar peraturan tu, aku bukan tak nak. Tapi kalau kena buang dah jadi satu hal, mana aku nak cari rumah lain. Rumah mungkin ada, tapi sewa tu pun lagi satu hal pemahal nya.

Kalau kat Kuching, geng aku kat sana ramai. At least, bosan2 boleh jugak jumpa kawan2, besfren, geng blogger ker... dah time aku jauh ni kan (macam jauh sangat) macam2 jer aktiviti yang korang buat ... cis kek betol. Kalau time aku kat Kuching dulu takde jugak.

Kalau kat Kuching, internet, astro semua nya lancar jer. Kalau kat sini, nak bukan webpage pakcik google tu jer pun dah memakan masa setengah jam. Tunggulah kau nak bukak page lain. Nak line internet dia lancar? Sila tunggu pukul 3 pagi ke atas. Itu pun sampai pukul 6 pagi jer kot.

Kalau kat Kuching, senang2 jer aku nak cari makan, kalau kat sini, asyik-asyik 2,3 tempat yang sama jer. Takde tempat lain. Susah nak carik makanan halal kat sini.

Kalau kat Kuching, banyak muka local aku tengok. SIni memanglah local. Tapi tarak ada muka melayu. 1/100 kot.

Kalau kat Kuching, at least pemandu dia ni ada berhemah sikit berbanding kat sini. Kalau kat sini sukati mak bapak dia nak parking. Eventhough kat simpang ke, kat tempat jalan keluar ke. Situlah dia parking. Dan penggunaan lampu signal adalah tipu semata2. Kat sini signal light semua dah rosak. Haram di guna kot.

Kalau kat Kuching, ada panggang memanggang mak mertua aku. HEAVEN WOO!! tak pernah rasa?? Tunggu bulan puasa. Sila lawati ok.

Kalau kat Kuching, blog aku ni akan jarang ada entry baru. kehkehkehkehkeh...

well, tak semua benda tak bagus tu akan berlaku sepanjang masa kan...;

There's always a silver lining to everything

=D

Thursday, June 23, 2011

kereta cacat



Penat..
Aku dah penat.
Aku nak balik rumah.
Aku nak balik kuching.
Kereta yang aku lukis pun macam cacat jer kan?

Tabahlah ztie... Tak lama lagi :)
Published with Blogger-droid v1.7.2

Wednesday, June 22, 2011

perom naite

Prom night pada jumaat minggu lepas. Err... Makanan.. dan kami!.
Tak banyak makanan dapat di ambik since semua dah menanti dengan muka bengis dan lapaR. Kami jugak yang kontrol ayu.. errr....
Published with Blogger-droid v1.7.2

Saturday, June 18, 2011

SEGMEN TAK KENAL MAKA TAK CINTA : DIARI ANAK SENI

Firstly, aku nak cakap, aku buat segmen ni sebab line internet tersangatlah bagus malam ni, dan aku dalam mood untuk menulis. Tettt!!! Tipu! Itu alasan sampingan a.k.a alasan ke dua.

Alasan utama aku buat segmen ni, bukanlah sebab aku kenal siapa Anak Seni yang bakal aku ceritakan ni.
Aku menulis segmen ni sebab aku benar-benar percaya dan yakin yang seorang anak seni, lebih-lebih lagi anak seni tempatan yang sememangnya berbakat, boleh melangkah lebih jauh.

Aku bukan menulis sekadar daripada mendengar cerita orang atau membaca di majalah atau akhbar tempatan. Aku menulis segmen ini sebab aku sendiri dah pernah dengar LIVE karya-karya yang dihasilkan oleh anak seni ni. Dan pendapat aku? (Memanglah tak sama dengan pendapat korang, tapi bacalah sampai habis dulu oK?)

Pendapat aku, anak seni yang bernama Amir Jahari sememangnya berbakat. Cuma bakatnya perlu lebih di tonjolkan dan diketengahkan ke semua pihak dan tempat. Aku pasti belum ramai lagi yang tahu dan expose dengan genre music dari Amir, tetapi, bak pepatah orang tua, "Tak Kenal Maka Tak Cinta".. betul tak ?
Kebetulan pulak nama segmen ni sama =P
Karya musik nya yang tersendiri dan bersahaja membuatkan aku turut meminati musiknya. Mungkin aku bukanlah peminat tegar yang akan selalu menghantar private message (inbox) ke Facebook nya atau menulis komen untuk dirinya. Aku juga mungkin bukan di antara beribu yang bakal DM (Direct Message) dan tag namanya di dalam Twitter, tapi itu bukan bermakna aku tak mengikuti perkembangan beliau. Serba sedikit memang aku tahu jugak. Betul tak ? *wink*

Mungkin sekarang, dah ramai juga yang kenal anak seni bernama Amir Jahari ni melalui rancangan realiti televisyen Malaysia, Akademi Fantasia 9. Aku masih ingat lagi, first time aku terima flyers untuk vote Amir adalah beberapa malam selepas hari perkahwinan aku. Seseorang hantar hadiah ke rumah dengan flyers sekali! Wow! 2 in 1 eh? hehe Biarpun rezekinya di dalam reality show tersebut tidak lama, tapi kalau ada bakat, ke mana-mana pasti ada rezeki mengekori. Kepada sesiapa yang belum mengenali Amir Jahari dan ingin mengenalinya lebih dekat dan mengikuti perkembangan musik dalam hidupnya bersama orang tersayang. Bolehlah follow blog Amir Jahari Diari. Dan kalau lama sangat nak tunggu blog tu di update, better anda-anda semua direct terus ke official page Amir Jahari di Facebook atau follow dia kat Twitter =D
Dunia semakin maju kan?

Artis pun semakin banyak tapi tak semestinya kita harus ketepikan artis-artis baru yang baru mahu mula bertatih. Sebagai seorang pencinta musik, semestinya aku menyokong artis tempatan. Takkan nak sokong international artist je kot?

Friday, June 17, 2011

First Wedding Picture



Many people asked me where is my wedding photo? 

Well, some of you guys who do have my facebook account can see my wedding picture(s), err, not ALL of the pictures but yet there is somehow a few of them is in there. 

Me, myself haven't actually officially upload my wedding photo although its been almost 3 months. Wait! It's been 3 months already? WOW... i haven't noticed that. 

Ok... This is a sneak peak.. One of many (as if) my wedding photo(s) 

This is me and just me alone, usually i upload my husband picture everytime anytime we're going out or updated my blog right? So, this entry is quite special as i upload my own picture. 

Err... i guess one is enough

Eventhough the real reason why i haven't upload any of the wedding pictures is because of the connection line. Blame it on the freaking slow line connection that i have here. 





Thursday, June 16, 2011

Cuti di Melaka pulak

Dalam entry before ni, entry JOHOR TO MELAKA, lepas pergi makan, baru lah pergi mencari hotel, ada satu hotel ni. Hotel baru. Nama seperti di bawah, so far memang boleh tahan, cuma kalau ikutkan lah, bagi aku, kalau belum siap sepenuhnya, tak payah lah suruh customer masuk dulu. hehehehe Tapi itu cerita lain, aku tak nak komplen sini! 

Sila tengok gambar di bawah














Err.. bawah ni gambar sesat, hehehe ni kat rumah anak buah ayahanda aku kat Johor, anak2 buah aku suka kat kereta ni, heheehe so posing lah sekejap =P





Pagi kat Hotel Abadi, Melaka... as usual, pagi of course lah pergi breakfast... Makan lagi!! 









Ending entry aku semua mesti berakhir dengan makanan ke ? 

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, June 13, 2011

Cuti lagi! Johor ke Melaka :)


Masih di Johor, masih dalam van, dan driver van tu tanya nak ke tempat kedai buat chocolate tak ?? Memandangkan yang di dalam van tu banyak kanak-kanak riang, so mestilah ayahanda aku cakap pergi jerlah......... (macam tak ikhlas... weekkk!!) 

So, pergilah ke satu kedai ni, dari luar nampak macam kedai biasa jer, dan simple2... tapi kat dalam, macam best pulak, mewah sikit pun ada. Kebetulan pulak hari tu, ada sebuah bas membawa kanak-kanak dari tadika kot melawat tempat tu, ramai!!






Di pendekkan cerita.. sila tengok gambar.. bila masok jer dalam kedai tu, dua tiga orang pekerja akan greet guna mikrofon. Lalalala... dan terus di bawa ke satu korner dan diorang terangkan asal usul koko dan cokelat dan ... cokelat dan cokelat dan cokleat dan cokelat lah...... tengok gambar ok! 

Model-model cokelat berpengalaman semua =P










air cokelat!! 



macam2 jenis cokelat yang dah di potong, cokelat durian, oreo, mango, errr.. tak ingat... sebab tak kosentret~~ hehehe :P 












Then lepak tepian air kejap, tak dapat masok singapore, pandang dari jauh cukup ok! (errr.... tak!)




Tapi kitorang tak lama kat Johor! sebab... sebab... takde apa nak buat kat sana.. so ayahanda suruh driver tu bawa kami semua pergi Melaka on THE SAME DAY.. hehehehehhe 

on the way tu, semua org tidur kecuali driver dan aku. Driver of course lah memandu, aku??? Aku buat kerja! Ingat aku holiday jer??? 


Sampai kat Melaka, dah lewat malam sikit dah, sebelum cari hotel, kami pergi isi perut dahulu!~ semua perut dah bernyanyi-nyanyi lagu keroncong untuk ana... huehueheuheu... 

Seperti biasa ayahanda mesti nak makan seafood, errr, jadi cubalah cari tempat yang berkaitan... 
Tak ingat nama tempat... tapi makanan ada! heheeh =P 

Sila rujuk gambar =D

ikan masak tiga rasa tu wajib! aku punya! 












Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone