This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, March 29, 2011

27 Mac 2011

Selamat datang ke dunia baru... hehehe.... 

Alhamdulillah, pada 27hb March 2011, kami (aku dan en.deng a.k.a hubby a.k.a SUAMI) ececehh... masih lagi tak percaya yang aku sekarang ni rupa-rupanya isteri orang. Siapa sangka? Aku sendiri masih tak sangka.. hehehe... Alhamdulillah semua yang di rancang berjalan dengan lancar, biarpun ada kekacauan sedikit tapi mungkin tidak jelas di mata kasar sesiapa, dengan SAH aku telah menjadi isteri kepada Awang Hasbi a.k.a Achie a.k.a achi...achiee.... buka pintu... (erkk...larik!!) ... 
Tak sangka aku, dia boleh tenang... (tenang la sikit) dan dengan sekali lafaz, macam yang korang tahu, aku adalah, wifey dia sekarang.. hehehe... ok.. aku dah blur. aku tak tau nak update apa.. Banyak sungguh rasanya aku nak cerita kat sini. Tapi macam tak tersusun pulak ayat dalam kepala aku ni.. 

Anyway, aku cuba lah ok? 

First of all, terima kasih kepada Kaum keluarga dan sanak saudara yang menolong membuat preparation dalam masa yang tidaklah lama, dan terlalu singkat sebenarnya. Meeting di rumah, meeting di Chillipeppers perumahan di belakang Shell tu (penuh satu restoren, orang lain tak de tempat dah..hehe) dan di rumah lagi on one last time 2 days before event. 

Secondly, terima kasih juga kepada kekawanan yang menolong dan memberi kata2 semangat di saat dugaan-dugaan melanda. Dan menolong semua2 yang patut di tolong. hahahaha

Thirdly, Terima kasih kepada bloggers semua yang dapat hadir, AMni, Kak mira dan Hubby, kak kembhojha dan kawannya amy, Vivian dan cinta hati, Yann Mazian and husband to be dan kak tikot sebab dapat meluangkan masa sebentar untuk hadir di majlis yang sik seberapa dan blogging about it. Hehehehe.... (pssstttt.. kmk dah nyedia slot pakey kita bergmbr lepas ya aie... tp mc dah nunggah kmk ke depan pintu, kmk harap2 ktk org tunggu lok.. tp ktk org nak jalan juak dah. huhu sedih mek sekpat bergambar dengan semua ktk orang)

@amni 
boh sedih-sedih, ktk molah kmk serba salah jak padah kmk invite ktk sorang solo. huhu mun medun ada, memang pasti kmk jemput ktk koh... adakah patut kmk invite amni and scandalous??? erk.. mati kita medun baca *to be edited after u read* :P 

@kak mira and hubby
kak!!! kmk nak bergambar dgn ktk and iman! dan rupa-rupanya, laki kmk kenal ngn laki ktk kak ow.. hahaha... kecik nya dunia tok... terkejut juak kmk.. 

@kak kembhojha 
thanks kak for coming, dari jauh kmk boleh cam hadiah ktk kak... hehehe... trademark sendiri itu. Thanks sis! kmk gk tetak bila kawan ktk padah nya dtg ngn ktk.. hehehehe.. tkt kmk padah sik kenal kali nak ? hehe lawak... 

@vivian dan cinta hati 
kmk dapat cam ktk masok bila kmk nait atas stage!! rasa nak nunggah jak ktk time ya.. tp di paluk pengapit mek soh kontrol ayu.. hahahahhaha... thanks for coming sis!

@yann mazian dan future husband
terima kasih sebab sudi datang. sik sempat kmk nak berkenalan dengan ktk aie. sedih sa ati mek... 

@kak tikot
kak tikoot!!!!!!!!!! makseh sebab datang kak.... rugi sikpat bergambar rami2 dengan semua org aie 

Fourthly, terima kasih kepada semua geng2 lain yang dapat hadir dan tidak dapat hadir dan yang tidak di undang, minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut ke hujung kaki. BUkan niat tak nak undang, tapi tempat yang limited. KAlau buat kat rumah, tanpa segan silu aku dah publish terang-terangan kat web, twitter dan blog. Tapi sebab tak dapatlah, aku senyap2 dulu. Dan aku pasti ada yang kecik hati. Hari ini dah nampak sorang. belom nampak lagi ciri2 dia nak maafkan aku.. hurmmm ..

Terima kasih juga kepada semua family jauh, dekat, yang datang mengejut dari Sabah, tetamu tak di sangka dari KL, dan yang lain2 juga.. Terima kasih banyak2 aku ucapkan. 

Terima kasih juga kepada Dato Johari dan wifey, Dato Daud  dan wifey, Dato Fadillah dan wifey, dan sesiapa lagi mereka yang aku tak dapat nak sebut nama. Terima kasih banyak2 sebab attend wedding aku yang tak seberapa ni... 



FIFTH dan yang seterusnya (penat dah aku nak mengira satu2 ni) hahaha 

malam sebelum event adalah malam yang paling best! nanti aku cita ok? NOw, aku nak masok tido dulu, encik hubby dah tido tadi dah kat rumah dia. Aku kat rumah aku ni. hehehe.. esok jumpa lagi.. :P nak uruskan barang2 dulu sebelum pergi.... 


SElamat malam cinta! 


Saturday, March 26, 2011

quick update

salam!!!!

hehe.. lama kan dah tak membutakan diri di dalam dunia blogging ni. Bz yang tidak teramat sangat... cewah... Dua malam dah aku tak tido... adoi... buat itu ini.. Malam ni aku nak tido tak? Kepada mereka2 yang datang, jangan tego mata aku bole? hahahah.....
Kepada mereka yang tak dapat datang dan tak datang... Terima kasih sebab wishes dan ucapan yang tak pernah putus. Minta maaf juga bagi pihak aku dan family sebab tak dapat nak jemput semua.
Takde majlis dibuat kat rumah, sebab semuanya di buat satu kali kat hotel.
Reason pertama, family semua bekerja dan takde sangat orang nak tolong, lepas tu, in a few days after that, aku terus pergi kejar cita-cita.

Hurm... sekarang aku rasa sangat mengantok. Dan aku tak tau nak buat apa dulu sekarang. Or nak update apa dulu sebab otak masih celaru. Masih lagi nak mencari lagu oldies love song. Semalam aku dah bertanya kat dalam Facebook. Mendapat response yang memberansangkan tapi ..... OK GTG.. potong nak update..

Sunday, March 20, 2011

Hari Bertemu Pemimpin dan Bridezilla

ku sebenarnya tadi dah tertidur dalam kereta sementara menunggu ayahanda dan bonda meeting bersama-sama keluarga lain kat chillipeppers astana, kat belakang shell tu. Aku dalam kereta. Sebab aku dah tired sangat-sangat.

Hari ini aku hebat sangat sebab keluar dari rumah lebih 12 jam. Ulang alik sana sini urus semua benda. Aku tak dapat nak nyatakan satu-satu atau ikut urutan. Aku ringkaskan ok.

Pagi tadi berkemas untuk program Mari Berjumpa Mari Berhubung bersama Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Najib bin Razak (Kalau silap tolong betulkan) dekat Dewan Santapan, Bangunan Dewan Undangan Negeri Lama di Petra Jaya. Aku merupakan guest bersama untuk Videl. Hehe.. nak dijadikan cerita, kami lewat. Event sepatutnya bermula jam 8.45 pagi. dan diminta untuk hadir dalam pukul 8 pagi. Tapi dah lewat! Kami sampai lebih kurang pukul 8.50. Sama timing datang dengan PM sendiri! Hehehe... nasib la tak berjalan kat red carpet tu jugak dengan PM kan. Hehe
Mendengar ucapan daripada PM sendiri, dan soalan-soalan dari mereka yang berkaitan.
Tapi kan, hehe... yang paling best bila part makan. Haha.. target utama adalah croissant sandwich dengan smoked salmon. Tengok videl punya mata pun dah bersinar-sinar tengok salmon. Macam nak terkam semua! Lol. To those yang tengok tv semalam. Videl ada keluar for interview and dalam newspaper. Check ot out MRs. ICHIBAN in the house. Hehe.. nanti aku beritahu cerita tentang Videl Ichiban ni.

Actually press tadi cari mereka yang berasal dari luar kuching. Since, Videl ikut husband dia kerja kat Sibu, so, itu dikira, guest luar Kuching dan mendapat 'layanan istimewa' daripada lensa-lensa kamera dan mikrofon reporter media.
Cut things short, balit tu kitorang dapat goodies. Lupa nak amik gmbr. Next time lah ok.

Lepas tu, hmm.. pergi mana lagi ... oh! Duduk luar DUN sambil tengok ikan. Haha sekejap jer. Tak lama.

Then, aku bertukar jadi bridezilla. Pergi fitting baju sanding. Kurang menuaskan hati sebab not to what I ask them to do and not in my expectation. so, yes I am very dissapointed. Jadi hari ni juga termasuk hanunting for a new piece of the same cloth (since the groom-to-be clothing is all done) just to replace kain dia sebab, personally I think its too heavy and making me look more bigger than usual. *sigh*

Baju bertunang pulak dah siap hari tu lepas fitting, tapi lupa nak amik, hari ni nak amik last2 kedai tu dah tutup, nak amik esok, kedai tutup for Sunday. Tapi tailor tu dah cakap, kalau dia dapat singgah kat kedai, dia singgah kedai dan give me a call to pick it up. Takpelah.

Then, mana lagi pergi. Oh! Pegi kamdar nak cari kain untuk Videl cosplay bulan 6 nanti. Oh ya. Esok pun ada audition cosplay-ing thingy (I'm not so sure myself.. please asked Videl) dekat The Hills, start at 2pm until 4pm if I'm not mistaken. Mereka yang involve have to be there by 1pm of course. So... mari ramai-ramai kita pergi Hills dan sokong Videl!!
In case I cannot make it there, so korang lah yang tolong cheer her up untuk aku. Kalau aku busy sangat la esok. Sebab esok ada another meeting dan mandian kali ke tiga (aku dah cita pasal ni tak? Mandi halia hidup yang pertama, mandi susu yang kerja).
Jadi... mari kita pergi Hills esok!

Sambung lagi, lepas tu pergi tailor, pergi makan kejap, then.... amik adik Videl kat studio. Then kitorang bertiga pusing-pusing cari kedai cat. Hehe last-last singgah kat Colourland kat Upwell tu. Selepas habis semua itulah, Videl dan adiknya hantar aku kat Chillipeppers tadi. Dan sekarang aku kat rumah, dah tidur sebelum dikejutkan oleh anak buab aku untuk pergi meeting malam ni pulak. Haish.. baru nak melelapkan mata. Dan selepas meeting mata aku tak dapat lelap dan aku buat keputusan nak update blog dan inilah resultnya.

Sampai jumpa lagi lain hari. Aku rindu nak baca blog korang sebab mesti dah banyak entry update yang tertinggal dan komen yang belum dijawab. Nanti aku jawab oke. Terima kasih sebab sudi singgah.
Aku nak cuba nak melelapkan mata sekarang ni sebab aku dah malas nak menaip. Hehe..
Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, March 17, 2011

buka atau tutup?

Sekarang tgh berdiri kat depan kedai. Dari semalam dillema nak beli yg mana satu..... yang mana sesuai?? p/s en.deng suka yg tutup..
Published with Blogger-droid v1.6.5

nyawaku nyawa flo juga :P

Selamat pagi!!.. terima kasih kepada mereka2 yg memberi kata perangsang dan semangat. Hehe

Anyway, benda pertama.. gmbr d atas adalah utk ditujukan kepada miss florancesy kita. Hehehe dengan ucapan...

'Inilah nyawa yg memberi peluang kedua utk kita'

Iyer... dlm entry flo before ni dia ckp dh beli car charger. Mmg bgs.. mcm aku sndiri pun ada car charger sbb hp asyik habis bateri jer. Tapi kereta tak ke mana2 dgn kita kan? Hehe cth mcm aku p kl hari tu. Mana aku nak cucuk car charger tu? Takkan nak cucuk dlm bas atau teksi kot? Hahaha jadi inilah solution nya....


JOURNEY POWER BANK



Charging dalam handbag jerrr... or dlm backpack.. or bawah meja.. or... mana3 lah... up to u... :P

My hp boleh caj guna benda ni full caj 2 kali. Setengah caj satu kali. Eh. Setengah caj? Hahaha... buat buat faham lah ek? lepas tu baru dia flat habis dan power bank ni perlu di recaj semula utk kegunaan esok2 hari.


P/s ada sik palak cager sesuai utk hp ktk atas ya flo?
Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, March 16, 2011

Rasa hati

Hari ke 2 baru balik dari KL. Penat sangat selepas shopping surveying barang segala. Tak sempat nak blogging, tak sempat nak jejakkan kaki tangan sangat ke blog korang. Maaf yer? Nanti aku pasti tinggalkan jejak. Tak pun tinggal jejak, tapi memang aku ada baca. just kadang2 line tak berapa mengizinkan. Dah penat2 aku tulis komen panjang2 tiba2 dah submit komen, komen terus ilang, terus down rasa aku nak tulis panjang2 lagi.


Panjang sebenarnya aku nak cita pasal perjalanan aku surveying barang2 yang kecik2 tapi penting ni. Tapi mood aku tiba2 di kacau malam ni sebab tiba2 ada pengacau jalanan tiba2 muncul. Macam orang puteh pernah cakap, Blast From The Past, or.... Back to The Future. Kalau Back For Good, takpe. Tapi kalau dah back tu saja nak menyakitkan hati dan nak kondem kan orang lain. Baik tak yah back lah. P duduk diam2 kat belakang dan jangan kacau orang boleh? 


Serious aku sekarang mengalami perasaan yang sangat down dan sedih. Mungkin ada sesetengah blogger tahu dan tak tahu pasal hari kebesaran tak lama lagi. Sepatutnya happy2 lah kan. Tapi memang takkan lepas la daripada dugaan2. Tapi out of all dugaan yang d expect, memang dtg dugaan yang tak d expect. Benda lama muncul kembali, luka lama berdarah lagi. Alahai... puitis sekejap ... tak lah.. malam ni aku just nak cakap aku memang not in a good mood sekarang. 


Kepada seseorang dua tiga, aku tahu tak mungkin korang boleh terserempak dengan blog aku dan baca semua ni kalau korang bukan stalker tegar. Tapi.... in case lah kan korang boleh terserempak dengan blog aku ni, 
aku just nak cakap, boleh tak, tolong berhenti kondem orang? Aku ingat benda lama dah tak d perdulikan lagi. Buku lama dah tuka buku baru. Chapter lama dah beraleh ke chapter baru. Tapi masih jugakkan seseorang dua tiga tu akan berada di takuk yang lama. Bukan nak mengata, tapi boleh tak kalau nak kondemkan orang pun, tengoklah sendiri. Kalau nak buat cerita pun, tolong cermin sendiri. Lepas apa yang korang pernah buat dulu menyusahkan aku, menyusahkan mereka2 yang aku sayang apatah lagi family aku. Masih tak lepas jugak sekarang kan?  Bila korang nak berhenti? Sampai aku mati? Sampai aku tak bahagia? Baru korang puas hati? 
Baru korang nak cakap yang mission accomplished. Gitu? 


betul orang cakap, makin dekat, ujian makin kuat, cuma terpulang dengan sendiri bagaimana nak hadapi nya. Aku harap aku kuat. Aku harap aku tabah. Tuhan, kuatkan lah aku. Lindungilah aku dari putus asa. 






p/s/s sedih sebab di perlakukan begini. Gugur juga air mata bila d kenang kembali. Aku perlukan teman. Tapi bff aku masih berkecik hati kat aku. serius makin laju air mata aku gugur di temani lagu kat blog INI (mintak nama lagu ngn penyanyi lok)


p/s baru lepas sesi kaunseling dengan org tersayang... rasa marah dah lepas sikit. Tapi masih geram dengan certain2 orang yang masih tak reti bahasa. Tolonglah... boleh tak? 






BACK OFF! 

Friday, March 11, 2011

iman, mata dan veil

Hari ni, sampai jer kat LCCT, trus tunggu ayahanda aku amik aku dan mami. Setengah jam kemudian baru dia amik, lambat sebab dia tak dpt call aku jd dia ingat msh dalam flight. Sebab tu dia dan kawannya sempat lagi singgah minum sebelum amik kami berdua.

Direct lepas ayah amik aku, kami (ayah, mami, kawan ayah pakcik ali dan aku) pergi hospital jap lawat anak pakcik Ali. Sebab sebenar aku lupa lah sebab apa... tapi yg pasti kesian aku tgk budak tu. Kecik2 dlm hospital msk drip water lagi.

Kalau tgk gambar kat atas, Tangan dia berbalut tu sebab tkt dia cbt wayar dan jarum utk water drip tu.

Yang bestnya kan, dalam bilik hospital kanak2 ni ada d sediakan mini taman permainan sendiri. Senanglah kan utk pujuk2 in case budak tu menangis. Tp mcm tak d pedulikan jer mini playground tu. Hehe

dalam satu bilit share dua org budak jer... serious aku x ingt pasal apa anak pakcik Ali kenak admit. Tp dr yg aku dgr td, sbb utama dia demam hari3 tp bila admitted, sihat pulak dia. Just cell darah dia ada masalah sikit. And budak ni, oh dari tdk aku terbudak2 kan... nama dia Nur Iman. Iman dpercayai mempunyai kolesterol tinggi jugak. Aiyak! Terkejut mak bapak dia. Apa pasal tinggi sangat? Hehehe... aku pun tak tahu.. setahun lebih kalau tak silap umur dia ... skrg ni aku kat mid valley. Tgh tunggu turn check up mata.

Nak cta pasal veil aku tgk td? Alamak! Ckplah aku beritahu harganya beribu. Satu veil rm2.1k satu lagi rm1.9k. Tolong! Boleh mahal lagi tak? Murah sangat tu.


P/s kat mana nak cr veil janganlah beribu... kalau berpuluh jer ada tak?
Published with Blogger-droid v1.6.5

budak nakal

Semalam 10.3.2011 aku pergi berjumpa dengan seseorang. Hehe... pertemuan takde di rancangan berhari2 mahupun berbulan lamanya. Just suddenly nak jumpa kan. Erm.. so, lepas planning punya planning, jumpa lepas maghrib kat mcD. Aku time tu kat kedai HTC kat simpang 3. Masa masih awal, kalau tak silap dlm pkl 5. Then aku baliklah dulu. Nak tunggu kat ner g kan?
Kat rumah aku kemas barang sikit, buat apa2 yg ptt lipat baju, kemas apa2 dan lipat kad jugak. Tak banyak kad sebab ikut meja lama. Kalau meja baru lebih lagi. ( cakap pasal kad teringat pulak kad ditinggal merata2 atas meja... harap takde yg kacau)

Then, masa pun tiba, sebelum maghrib dh terima msg drpd seseorang tu..cakap cancel mcD. Kat boulevard jerlah. Mula2 aku, alamak! Bukan jauh. Cuma tkt mata2 hitam memerhati keta jer. Ingat nak pakai keta mami, tp macam tahu3 pulak dia tak balik awal. Jadi gagahi diri guna kete sendiri. Mami pulang lewat sebab nak uruskan hal budak2 dalam entry sebelum ini.

Sampai kat boulevard, tercari2 mana kfc sebab situlah yg dirancang mula2 tp cancel (cancel lagi) then tuka g sugar bun. Oke. Aku jaranggggggggg sesangat la nak g bolibed k. Jadi tanpa segan silu nya aku bertanya kat mana sugarbun. Oke. Aku dh nampak logo sugarbun, dgn langkah penuh yakin aku berjalan ke arah itu kemudoan berhenti. Eh!? Lain macam jer logo kedai ni.

Alamak! Pizza hut? Mana sugarbun? Sebelah jer rupanyA. Macam mana boleh silap? Itu kekal misteri. Heeheheh....
Dan akhirnya, berjumpa jugak aku dgn seseorang ditemani budak kecik seperti gambar di atas!


Terima kasih kak! Pelawat ke 3000 dpt menang something. Excited lah sangat sbb tak pernah2 nak dpt apa2 pun sebelum ni. Hehe hadiah seperti gambar di atas. Teka apa :P

Published with Blogger-droid v1.6.5

Thursday, March 10, 2011

hey budak-budak

Budak-budak sekarang ni memang degil kan? Entah apa2 jer yg diorang ni fikirkan. Tak faham reti susah, tak faham reti org tolong. Tapi masih nak menyusahkan diri sendiri. Bukan aku nak mengata. Cuma ni untuk peringatan aku sendiri, supaya aku tak baik sangat dengan budak ni nanti. Ni sebab dah terlebih baik oleh mak dia, sedara mara, atok nenek. Itulah jaDi. Aku yang garang sikit dgn dia pun, dia masih respect tp pandai melawan. Tolonglah budak-budak, korang ingat korang dh pandai? Korang ingat korang dh cukup kuat? Korang ingat korang dh hebat? Korang ingat korang dh boleh jaga diri sendiri tanpa org tolong? Tolonglah..jangan sampai aku cakap kau tak reti nak bersyukur. Jangan sampai aku menyampah tengok muka kau.

Ya.. kau cakap cuma nak tlg kwn. Tolong? Tolong kwn sampai menyusahkan sendiri. Sekarang ni biar aku tanya... kawan kau ada tlg kau tak? Takde kan? Dengan siapa kau berpaling kalau bukan atok nenek kau? Dengan siapa pula atok nenek kau nak mintak tlg kalau bukan aku? Tolonglah budak-budak, jangan ingat aku senyum aku restu semua perbuatan kau tu. Mak engkau kat rumah susah hati bingung hati, cari siapa jugak kalau bukan aku? Mak bapak kawan kau pergi rumah. Terima kasih aku ucapkan sebab hantar balik beg kau. Tapi aku tak nak lawat kau dulu. Biarlah kau kena tahan di lokap. Kau bersalah atau tidak. Itu kemudian aku tentukan, kalau kau bersalah... rasakan tido dalam lokap. Kalau tak bersalah, biar kau rasa tido dalam lokap supaya kau tak nak buat lagi. Tolonglah budak-budak, mak kau menangis, nenek kau menangis, kau tahu tak dosanya membuat org tua menangis?

Kau pun turut menangis sebab polis tu garang. Rasakan. Kalau tak merasa kau tak reti nak insaf kan? Tengoklah nanti kau insaf ke tidak. Ujian pra ni pun kau tak pergi dah. Kau nak rosakkan masa depan? Sapa nak sara kau? Aku? Tolonglah... bukan aku tak nak, tapi kau dah melebih. Jadi pandai2 lah kau sendiri yer budak-budak.
Hadapi tuduhan rusuhan bersenjata. Kecik2 dah nak buat kes.

Cakaplah aku kejam. Ada aku kesah? Aku tak kesah Coz aku tak nak kau terlalu biasa. Biasa melarang, biasa rasa diri hebat, kuat dan on the top. Atok dah cakap menyampah tengok muka kau. Aku tak berani nak campur hal tu, itu antara engkau dan atok.

Bila dah keluar nanti, kau hadapi sendiri ok. Bukan aku tak nak tolong. Tapi kau terlalu manja.
Published with Blogger-droid v1.6.5

Wednesday, March 9, 2011

Silat on Weekend - Part 1

Selamat pagi. Ceriakan hari anda dengan kit kat! Eh...eh... oke.... Petang ni aku ada appointment kat.... kat.. kat mana ek? ala... mandi manda untuk pengantan tu... hehehe.... tapi itu pukul 2 nanti ah.. Sekarang aku nak update entry untuk kejadian Sabtu (5.3.2011) lepas.

SAbtu lepas, junior2 aku kat perguruan sekarang dah hebat2.. lama aku tak turun gelanggang, diorang semua dah membesar dengan jayanya. Jadi hari sabtu tu, ada show dekat astana plaza, ada persembahan silat, derma darah, persembahan menari, karaoke, pertandingan budak comel dan macam2 lagi. Oleh kerana aku dah lama derhaka tak turun ke gelanggang, kawan aku panggil aku untuk amik gambar diorang buat persembahan utk di abadikan di dalam album ....







So... tengoklah... ini untuk show hari sabtu di Plaza Astana

Tuesday, March 8, 2011

saya menang moto!! eh?

Tahniah!!! 


kepada diriku sendiri.. hhehehehe

semalam kan.. petang kalau tak silap ku.. tengah2 ku tension edit gmbr.. aku blogwalking lah kan, masok dalam blog sis kembhojha... tanpa segan silu, tanpa ketok pintu, aku terus baca entry tiga ribu tu. Rupa2nya dia nak buat contest pasal pelanggan blog dia. eh... pelanggan? hehehehe... dia nak kasi hadiah. Senyum2 aku fikir siapalah yang bertuah tu.... ye taK? 

Rupa2nya.... 







hheheheheh biarlah tuan punya blog yang menilai ........ 



p/s mode asak ati first time menang contest =D

Rejeki? 


Monday, March 7, 2011

Shooting Done

Aku baru jer balik dari lepas shooting PRE-Wedding video. Actually first time buat dan tak tau nak buat apa. So, mungkin agak kaku sedikit.  Benda ni sebenarnya tak di rancang. one of my closest friend, Videl, call me one morning and said there's one of her FB friend were searching for a couple to make the Screentest Pre-Wedding Video.

And i thought, hey.. why not? Belum pernah try and the best thing is. Its for free? Making a video is expensive u know.. lol

Video ni tentang bagaimana kami berjumpa, how he proposed and, sort of things like that. Tak dapat nak buat panjang2 sangat sebab satu. Masa yang sangat terhad which is one day only, and suddenly the cameraman got something to do. So, the quite long movie have to be shorten. But.... yes... BIG BUT..... exhausting.. I wonder how the actor and actress in the movie done it. But hey, they got big pay, so have to hang on.. RIght ? :P

Pengalaman yang sanga tmenarik sebab aku tak pandai nak berlakon but, it turns out not to bad cause tak banyak scene yang perlu di ulang. And dear looks so natural in front of the camera. kekekekekke.....

cant wait to see the outcome =D


p/s diorang cakap kalau perlu scene lagi akan call balik........
p/s/s malam ni ada food testing =D

Saturday, March 5, 2011

pelakon diperlukan?

Siapa ada masa free esok?

Dan maok jadi ekstra utk pre wedding video aku dan ada transport sendiri?

Hehehehehe

Published with Blogger-droid v1.6.5

Friday, March 4, 2011

6 hari dah??

pstt... korang pasti dah baca pasal Dilema Wanita kan ? Dan pastinya kebanyakan org dah tahu pasal ni... so...... ehehehehe.... = P



Day 1 (26 Februari 2011)

Petang tu, kami pergi non stop ke semua kedai emas kat pasar untuk cari cincin. Boleh kata hampir semualah kedai dah di masuk tapi susah betul nak jumpa cincin untuk lelaki kan? hahahaha.. Ok. abaikan. Dah pergi jalan sekejap then terus balik sebab nak prepare barang2 untuk keluarga pihak lelaki datang ke rumah selepas Isyak. Balik2 jer aku kat rumah aku tengok, mami dan usu dah terbaring keletihan tertidur. Oh. kesian. Tak sempat aku nak tolong banyak tadi. Takpelah nanti malam aku tolong.

Malam nya, seorang demi seorang family aku dah sampai kat rumah. Dari CIk, Usu, Wa eton dan Ramli, Kak sita dan bang bas serta anak nya, ngah dan banyak lagilah. Aku tak sangka sebenarnya ramai diorang ni datang. INgatkan nak buat kecik2 jer. Tapi? huhu... ramai jugak yang datang jadi nya.

Time tu dah nervous la jugak. Tapi.. (SILA KLIK READ MORE DI BAWAH UTK BACA SETERUSNYA)