This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, December 31, 2011

Happy new year 2012

HAPPY NEW YEAR ALL!!!! 

TIME ni aku tak tau aku kat mana.. kalau nak tahu.. Sila tanya aku kat twitter oke! hehehehe

semoga korang semua happy2 malam ni dan sihat sentiasa. Mulakan hari anda dengan senyuman dan buat azam baru yang lebih bermakna oke!

kbye

Friday, December 30, 2011

Android Games

KOrang tahu kan android sekarang ni makin menjadi2 kepopularan nya ?
Jadi memandangkan aku dekat rumah dan mempunyai internet unlimited kan. So haruslah aku fully utilised semua tu.

Di antara penyebab2 aku jarang jugak update blog sekarang adalah kerana permainan di handphone ku....

Di antaranya ialah :

Earth AND Legend



Game ni aku dah sampai ke level paling tinggi tapi masih belum habis. Ada lagi part bos2 dia tu aku tak dapat nak lawan. Tapi memang layan la main game ni. Dia ala2 macam counter strike punya game tapi ni old school la sebab guna pedang or bow. Tapi memang layan. Aku dengan hubby main ni fight tengok sia hebat lagi dan ranking of course la aku masih pegang. hahahaha kalau dah aku start main ni boleh main dari pagi sampai malam.


F18 Carrier Lan 





Dari dulu lagi aku nak bawa kapal terbang tapi tak termampu, nak ikut kursus mahal sangat plus memang aku tak lepas la kalau bawakkan rabun ni kan. So ni lah saja untuk aku main.Tak dapat dulu nak beli flight simulator macam husband Videl punya so aku main android version jer lah. Cukup lah kan???




TRIAL X2





Game ni aku dah habis dah. Dah tamat. Dah uninstalled pun dan nak carik game lain. Game ni senang jer, main motosikal extreme jer pun. Tapi layan la jugak kalau dah mula main tu. Anak2 buah aku suka main game ni.


The Adventure of TinTin HD 






Yang ni pun maseh dalam progress. Sebab Earth and Legend aku dah nak hujung kan so aku installed ni. Dah jauh jugak lah. Kadang2 fed up tak dapat lawan bos dalam E&L tu aku main ni dulu. Main ni sempoi sikit sebab dia ikut jalan cerita. Main ni tangan mau pantas, IQ dan logik jugak.


Virtual Horse Racing 






HAH! ni bukanlah favourite aku tapi kalau kami semua ni nak main ramai2. ni lah kerja kami. Berjudi sikitttttttttt jer.. hahaha.. judi tipu jer pun... dalam game.. kita tak control kuda tu. Just kena pandai fikir kuda mana nak di pilih utk bet. Jarang jugak dah aku layan game ni sebab aku dah tahu macam mana nak menang... hahah jadi asyik menang pun tak bleh blah....


Game2 lain kalau aku rajin aku update lagi lah... banyak lagi game ni sebenarnya... Semenjak aku jadi student ni kan. Banyak game aku layan... banyak betol masa kau yer??









Jumaat plan tak jadi

Hari ini hari jumaat. Sepatutnya schedule aku memang penuh lah untuk hari ini

Pagi aku sepatutnya keluar dengan member dari Swinburn dulu tapi macam takde bunyi. So aku tunggu jer lah nanti macam mana keadaan nya.

Tengahari aku amik boyfriend aku sebab nak prepare barang untuk birthday nenek esok hari. means time new year. FYI, setiap tahun new year aku di sambut dengan nenek aku. Takpun nenek aku nak makan, dia mesti nak jalan waterfront tapi memandangkan dia jarang dah dapat nak jalan jaoh2. Bapak aku selalu book hotel dan suruh dia duduk tepi tingkap tengok org jalan. sebab selalunya dia dok terperuk kat rumah jer tak nak keluar.

Petang tu pulak aku maseh uruskan kerja

Malam Sepatutnya aku keluar dengan cewek2 kesayangan aku sejak dari kecik lagi. Tapi memandangkan macam tak cukup korum. Jadi tak tau ler jadi ke idak yer tak..

eh... apa macam semua planning aku macam tak jadi jer ni? sah2 aku dok rumah jer pagi esok sampai malam.... ngam 3 hari... tak ble tak ble.. kuota aku dok setempat hanya 3 hari. Lebih dari tu aku memberontak...

p/s bila dah terlebih rajin (tak tau nak buat apa lagi dah) banyak pulak entry aku nak buat hari ini.
Sebenarnya aku sekarang lebih tertarik kat twitter. Bukan aku tak sayang bl;og. Sayang.... sebab kebanyakan geng aku kat twitter pun datangnya dari blog ni jugak.... kan kan kan ? Sapa2 yang ada twitter tu jom add aku...

2011

Salam

First sekali aku nak ucapkan Happy Becoming New Year 2012.
Azam aku tahun depan aku, selain yang sudah sedia ada azam yang belum tercapai, aku nak tambah satu lagi. Aku nak blogging alot alot balik..... tapi ikut keadaan lah.
Satu sebab memang time aku dah pergi Sibu nanti line internet kat area campus memang susahlah nak cakap. Nak tarik line pun susah. kalau boleh line tu aku lukis sendiri dan automatic dia terus full.. Memang aku panjat bumbung tu dan lukis. Tapi semua tu buang masa aku jer sebab imaginasi semata2.

2011 dah nak berlalu. Aku rasa tahun ni paling kurang aku berblogging sedangkan tahun ni lah macam2 yang dah jadi kat aku kan. Previous post pun aku pernah cakap ...

2011
Aku Bertunang
Aku kahwin
Aku sambung study
Pointer gempak yang aku tak pernah dapat aku capai
tetiba di suruh jadi student counsil
Rumah renovate baru
Anak2 buah aku semua dah besar (fine. ini bukan aku. tapi impact nya semua kat aku)
Tanah mendap serian-sri aman


oh ya.. cakap pasal tanah mendap tu. Korang dah tengok kan? Jadi malaslah aku nak letakkan gambar ttu kat sini. sama jer pun. ada banyak alternative jalan yang diorang cakap kat aku tapi serius satu jalan pun aku tak tahu.

contoh lah kan:
Alternative Pertama
Kalau dari arah Serian, masok simpang Kampung Slabi
Kalau dari Arah Sri Aman, lalu simpang Kampung Krait batu 11

Alternative Kedua
Kch - Samarahan (Jalan UITM) - Tamirat - Asajaya _ Feri Sg Bulu - Simunjan - Sri Aman- Betong - Sarikei - SIbu


Kalau di ikutkan aku, memang alternatif kedua tu lebih jaoh. Aku sebenarnya takut bukan apa.. Aku tak dapat nak bajet minyak kereta nak berhenti kat mana.. hhahahaha..
oke.. itulah akibat nya kalau dah terlalu biasa dengan satu kebiasaan. Faham kan maksud aku?

BTW, aku notis banyak benda kat blogspot ni.
Satu layout dia dah lain.
Dua, semua blog yang aku pernah follow dulu BLOGSPOT NI DAH TELAN.
Aku dah follow seberapa banyak blog yang aku ingat dan masih ada. Kalau ada antara korang yang aku masih tak follow. Sila tinggalkan link. Serius aku tak tau kenapa blogspot ni buang link korang.
Mungkin dia ingat aku tak wujud lagi kot sebab dah JARANG JARANG nak update kan.
pandai merajuk pulak kau...

Baiklah. Saya berhenti setakat di sini sahaja. Memang betul kata orang. kalau dah lama tak berblogging ni memang makin gian. Sekarang aku rasakan yang tangan aku tak dapat nak berhenti menaip tapi seharusnya aku berhenti menaip sebab aku tahu korang bukannya reti nak baca semua benda yang aku taip pun kan ? Korang baca atas... skrolll skroll skroll tengah skroll skroll skorll ending lepas tu komen..


HAAA... aku tau...

kbye