Monday, January 18, 2016

From Accounting to Multimedia and Business Marketing [Part 2]


Ok.. Berbalik kepada last entry, tak sangka ada jugak yang nak membaca cerita goreng aku. Hehe...oke here it goes.Aku dah simpan karya surat cinta dari UPM kepada aku dulu dah 7 tahun
kan. Takpelah, biarpun dengan hati yang berat, tapi aku gagahi jua. Tak minat, aku slow2 coba adaptasi untuk meminati nya. Alhamdulillah, aku ada kawan2 di sekeliling aku yang sudi mengajar, bersabar dengan kerenah aku yang tak reti3 lagi dengan prinsip akaun. Ekonomi? Diorang belajar dr
akula, aku kan kalau part menggoreng ni memang master lah. Tunggu nak amik PHD jer(tipu).. Tapi untuk time tu jerlah. Dah berapa lama aku tinggalkan bidang tu, kalau d tanya sekarang ni, basic2 bolehlah. Kalau nak buku rujukan aku time tu banyaklah kat rumah. habis je matrik, aku masih lagi nak ngintai2 course architecture. Saja nak sakitkan hati sendiri atau bahasa senangnya..'saja nak ngesak ati mpun'..

Tapi seperti yang diketahui, ofcourse aku tak dapat. Tapi aku takdelah mintak, just tengok qualification apa yang diperlukan. Bila dah tak dapat, paling2 aku apply business management, business marketing dan apa2 yang berkaitan dengan business la. Itu last resort aku. Erm..
Hampir setahun la aku tunggu, apply, dan buat rayuan, tapi aku xdpt satu pun tawaran. Frust? Jangan cakaplah. Time tu, niat nak belajar memang high end punya. Lagi2 tengok orang lain semua dah dapat sambong, kalau nak kata tak cemburu tu, bohong sunat la aku time tu. Tapi apa boleh buat? Aku terima jelah apa yang ada. Dah bosan aku tunggu,apply dan rayuan berkali2. Ayah aku suruh p amik lesen dulu. So, yes. Aku pegi amik lesen dan lulus dengan jayanya (biarpun sebenarnya ada alkisah-itu entry lain kali). Dan lepas itu secara rasminya aku menjadi driver ayah aku. Kemana dia pergi disitulah aku berada. Kerja aku hanta ayah pegi meeting ke, jumpa client, hantar siapa2 dalam family aku yg takde keta g mana2.. Hantar kazen aku dating. Hantar itu ini. Erm..boleh tahan lamalah kerjaya aku tu biarpun tanpa gaji yang munasabah. Hehe

takdelah. Gaji takde. Tapi barang cukup semua. Makan minum cukup. Ayah aku tu oii.. Takkan nak tengok anak dia kelaparan? Hehehe dan barang2 lain ofkoz lah kan... Until one day! Ayah aku bawa aku pegi satu Uni swasta ni. Kira nak registerkan aku kat sana. Mula2 aku tengok yuran pengajian tu pun macam dh nak terkeluar biji mata aku tengok. Besar woo..banyak.. Hurm..tp ayah men'konfiden'kan aku atau dalam erti kata lain nya meyakinkan aku untuk register sana dan..... Yes. Dengan rasminya, tahun 2006 kalau tak silap (im sucks in reminding what year and year i have gone thru), time tu suppose aku amik Bachelor of Multimedia, major in Business Marketing. Means, kalau diikutkan sebenarnya double degree tu. Hehe takdelah. Just course yang aku amik tu adalah 2 benda yang berlainan. Imagine daripada membuat coding website, buat design, buat flash, macromedia
dan etc etc.. 10 minit kemudian, masuk kelas marketing pulak. Daripada pening2 dengan coding, lepas tu pening dengan strategy pemasaran pulak. Siapa cakap business marketing tu senang? Senang la jugak kalau korang kaki goreng. Asal tahu cara nak jawab gerenti lulus la. Lama la jugak aku kat sana. Macam2 orang dan ragam. Daripada kawan bertemu lawan. Ada jugak benda lawak. Kalau aku nak cita sampai bila pun tak habis kan? Hehe.. Takpe, aku tapau dulula cita ni kasi lain entry. Actually kat sana, aku dpt pinjaman. Tapi pinjaman yang aku dpt tu tak banyak. Kurang daripada harga course yang aku amik. Pernah dipersoalkan kenapa course lain yang yurannya lebih murah sikit la dari aku punya tapi dapat pinjaman 2 kali ganda? Tapi persoalan tu semua nya terkubur dan xpnh berjawab. Jawapan yg selalu di dengar hanyalah, 'tak tahu, kami hanya ikut arahan...'

ok. Itu salah satu sebab kenapa aku pernah bertekak dgn ayah dulu sebab aku tahu yuran u mahal. Takut nanti, benda macam ni lh yang terjadi. Ayah cakap takpe. Selagi boleh dia akan cuba tolong aku. aku dh nak grad. Dah terbayang dah aku memegang segulung ijazah dengan mami dan ayah memerhati dengan penuh bangga. Sebelum tu, Tahun yang sama, ayah ditimpa masalah sikit dengan kerja. Orang kepercayaan dah tak dapat dipercaya. Hasil kerja dia selama ni rebah macam tu saja atas dek pendek akal seseorang. Atas dasar kepentingan sendiri. Oke. Ayah cakap takpe. Bukan rezeki dia. Berhempas pulas ayah nak stabilkan balik ekonomi keluarga. Itu pun dah macam tak termampu. Bukan aku nak pandang rendah kemampuan ayah. Tapi aku tahu setakat mana kemampuan dia. Bukan sekali bukan dua kali dia diperlakukan sebegitu rupa. Dengan ekonomi keluarga, dengan aku lagi time tu, dengan abg aku lagi. Tapi ayah.. Masih lagi tersenyum. Akhirnya satu malam aku  bersemuka dengan diorang dan cakap aku nak quit. Ayah tak kasi. Mami mestilah tak nak. Diorang cakap mintak extend bayar dulu. Aku tak nak cakap. Dah lebih 3kali aku buat rayuan extend bayar dan merayu untuk tambahan pinjaman. Tapi gagal. Aku tak nak cakap dulu dgn ayah time aku buat rayuan tu semua.. Sebab.. Macam yg aku cakapkan tadi... Susah...

Selepas beberapa ketika, akhirnya aku berhenti jugak. Yeap. Aku pasrah. Biarlah hasil penat lelah aku dengan projek dan semua tu berlalu macam tu saja tanpa bukti sijil tu. Bukan rezeki =D
itu jer yang mampu aku ucapkan kalau org tanya aku. Dan, aku juga takde memaklumkan kawan2 satu Uni yang aku quit. Aku just..hilang macam tu jer. Macam xpnh wujud pun kat U tu. Mami dan ayah tak payah cakap. Frust? Dah lama perasaan tu bermain dalam jiwa keluarga aku. Apatah lagi aku? Putus asa? Putus semangat? Semua ada. Waktu tu.. Takde orang ajar dan guide aku bahawa Life is like a Rollercoaster.(aku belaja ni dari lagu ronan keating.. Hehe) Hidup ini sukar. Time tu takde org cakap dgn aku semua tu ada hikmah. Aku tebalkan muka. Kuatkan hati, teguhkan iman.
Aku berhenti takat itu. Tak tahu bila nak mula lagi...
Dan.....

Dan aku berhenti menulis dulula sekejap ek... Nak sambung kerja.


Till next time 

5 comments:

  1. huhuu..sedihnya..kenapa begitu, bersabarlah :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha bersabarlah ni diya. takper. benda dah lalu. throwback jer tu

      Delete
  2. Sedih pulak akak baca cerita awak ni. Huhuhuhuu...tapi itulah dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi dalam hidup kan? tak semua yang dirancang menjadi sebaiknya. Pasrah dan redhalah dengan ketentuan. Kita bersangka baik sahajalah kan. Insyaallah ada peluang pada masa akan dating. Insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kak. takpe. dugaan dan cabaran yang dibagi Allah swt. Dia takkan bagi kita ujian kalau kita tak mampu kan. Bersangka baik. Terima kasih untuk pesanan dan nasihat sis

      Delete
  3. Actually I did ACCA for a year, my father wanted me to be an accountant but my Maths was so poor, almost failed in Form 5, so I gave up...and in the end, I became an English teacher, something I was more cut out for. Best to follow one's own dreams...

    ReplyDelete