Friday, December 31, 2010
Roadtrip !!!
apa plan korang malam new year nanti? For sure malam new year 2011 kali ini aku bukanlah berada di kampung/bandar halaman iaitu di Kuching. Tahun ni aku keluar kuching dulu.... perjalanan? InsyaAllah aku akan berada di Sibu, Bintulu dan kalau ada rezeki lebih aku juga akan berada di Miri. So, ada sapa2 nak jumpa tak? Ho..Ho...
Perjalanan bermula esok hari pukul .... er.. pukul... pukul tak tau lagi. Tapi insyaAllah pagi atau paling lewat tengahari bersama2 dengan encik kesayangan ku dan sorang lagi member aku. So, journey on the road kali ni melibatkan kami bertiga! ho..ho..ho... Ayah dah tanya dah achie pergi tak? Ofcoz la aku jawab. Ayah senyum jer. Senyum tanda apa yah? Kalau orang dulu2 cakap, senyum tanda setuju. Ingat senang ker nak melepas anak dara dia sorang ni? hehe...
Jadi, kalau sempat, aku akan cuba berblogging atau paling senang mungkin update status atau tweet tweet jer. Kalau rajin dan ada line internet yang hebat, kemungkinan besar lah aku akan update blog aku ni. Tapi kalau takde, jangan tercari2 ok? (Macam ada)...
Korang pulak macam mana? apa Planning korang untuk new year ni ?
crap! I suddenly remember that i suppose to buy travel charger for my phone just now.. grrr... macam mana aku boleh lupa? Aku nak pergi ke tak nak ni? Charger aku lupa. Gambar passport pun aku belom amik.. Agak2 korang, besok kedai gambar bukak tak ? Harap2 bukaklah... aku nak posing tak berapa maut esok...
Sekarang ni aku tengah fikir, lagu2 yang aku nak letak dalam mp3 untuk aku dengar sepanjang perjalanan. Ada idea tak?
Thursday, December 30, 2010
OMG Friday the 31st???
Utk entry ini...
Wednesday, December 29, 2010
Fahmi boleh! Safee Boleh! Malaysia Boleh!
ok.. wall facebook aku hari ini.. malam ini tadi memang laju sungguh naik.. laju dan laju.. macam2 la cerita pasal piala AFF hari ini.. aku rasa boleh dikatakan dalam facebook ada pengulas nya yang tersendiri dan lebih emosi dan lebih terbuka dan lebih ... err... semualah...!!
TAhniah sekali lagi kepada MAlaysia sebab masih maintain dan fokus walaupun macam2 ugutan dan serangan mentaliti dilemparkan kepada mereka... Aku bukanlah big fan bola. TApi sejak aku ter'tengok' 1st game Malaysia - Indonesia (3-0) di rumah kawan aku hari tu, aku tertarik-tarik pulak nak tengok sekali lagi. Lebih2 lagi geng3 fb dan blogger aku ni semua nak jadi pengulas malam tu!! hahahah
sesungguhnya malam ni tadi aku balik ke rumah tanpa bertuka baju, membasuh bekalan yang perlu.. tanpa buat apa2 dan menapak kat depan television dengan mak dah ayah aku... ! heheheheh... bola itu hebat! boleh merapatkan silaturrahim antara kita!
Dah! aku tak tau nak cakap apa dah... walaupun Malaysia kalah 2-1 dengan Indonesia malam ini. Tapi mereka dah membuktikan pasukan Malaysia tidak selemah dahulu.. semakin hari semakin bangkit! Itu barulah boleh dikatakan Malaysia Boleh! Betul tak?
Tadi pun.. dalam facebook aku asyik cakap Fahmi best!! Sampai en.deng aku jeles! Dan dia tanya nak ke?? opss!! tak nak! Cukuplah en. deng seorang ok ? hehehe.. lagipun fahmi dah ada aimie.... lalalalala =P
Selamat malam bloggers! Nak sambung berasmaradana semeses dengan en. deng... sambil tengok Got To Dance (UK) ..... AKAI WINNERR!!!! Besok review pasal ni..
p/s betul atau salah. kita akan tahu selepas ini *wink*wink*
Tuesday, December 28, 2010
How should i know??
then aku tanya dia nak makan kat ner.. dia cakap pizza. Lepas tu aku saja cakap, duit tak cukup.. terus muram muka dia! hahahahaa... aie. jahatnya aku ketawakan dia. ehehe.. tapi tak sanggup la aku nak lama2 tengok dia camtu. Bila aku bawa jer masuk kat pizza. Senyum sengih sampai ke telinga dari mula masok sampai balik!! hehehe.. mengidam ker bang?
tapi yang tak best nya kan... aku tak puas hati dengan layanan seorang pekerja pizza semalam. Macam takde adab, tak reti layan customer, dan..erm.. cmne ek aku nak cakap... tak pandai pulak aku nak explain. Yang pasti en.deng memang komplen dalam senyum..
AKU: nak oder.. ini...itu...ini...itu..ini...itu...ini....
en.Deng : ayam juak (ayam juga)
AKU: ok.. ayam. wing ne yang nyaman tok ow? honey bbQ ka, spicy tok yang nyaman? (ok. Ayam, Wing mana satu yang sedap ni? Honey BBq ke yang spicy ni sedap? ) <--soalan di tujukan kepada pelayan pizza.
EN.Pelayan : How should i know???
Kami; EH??
en.Deng : Sikkanla kerja sitok sik tauk. (Takkanla kerja sini tak tahu)
EN.Pelayan : aie..bena. nelah gaya. Nang dah sik tauk. Beli jak mana2. Semua nyaman kali bah. Kamek baruk jak kerja... Miak baru kmk tok eh. Sik baca nametag tok ka? (Aie. betul. Macam mana lagi? Memang tak tahu. Beli jer mana2. Semua sedap tu. Saya baru masuk kerja. Budak baru. Tak baca nametag ni ke?)
Memang aku ada tengok nametag dia tertulis trainee. Tapi takkan la nak layan macam tu?
En.Deng: Trainee pun sikkan nak jawab macam ya. Kenak sik tanyak stuff ktk lain ka. manager ktk ka (Trainee pun takkan nak jawab macam tu. Kenapa tak tanya stuff lain ke. manager ke.)
AKU; Ok.. yang salu di makan kitak ka..sapa2 ka.. sikkan kitak sik pernah makan sitok? (Ok. Yang mana selalu kamu makan ke.. or.. siapa2 yang pernah makan di sini?)
En.Pelayan: Oh.. mun camya sidak salu order bla bla bla bla (Oh..kalau camtu, diorang selalu order bla bla bla)
huhu.. kalau tak nak kerja.. cakaplah tak nak kerja.. Macam tak ikhlas pulak. Dahlah tu. Order kami pun dia boleh lupa. Pelayan lain yang melayan meja selepas kami datang 3,4 buah. Semua dah sampai order. Order meja kami? Aduh... nasib en.deng tak mengamok sebab lapa! hahaha...
hhehehe.. tapi yang bestnya kan. En.Deng dan abang aku (abang aku datang kemudian dengan wifey dia) mengenakan en.Pelayan tu tadi. Sampai dia fed up. Nait hangin dan nervous sampai dia panggil manager dia sebab dia dah.. gelabah!! pasal apa? hehe.. biarlah rahsia... kesian dia...
Sunday, December 26, 2010
Hari aku begini. Hari kamu?
Biasalah kalau dah hujong tahun ni. Projek macam2 masok dan semuanya
jadi urgent murgent. Sampai aku demam pun bos tak kesah dah. Janji
kerja aku siap. Bukannya nak bagi org lain buat dulu sementara tunggu
aku merehatkan diri dan menaikkan semangat. Ecewah... Hari korang
cmne?
Semalam krismas, pagi tu aku pergi wedding kakak kepada officemate aku
kat dewan suarah. Lepas tu, pegi jalan krismas kat rumah kawan sama
uni kat swinburne dulu. Biasalah kan,kerana lama dh tak jumpa, dok kat
rumah dia sorang dah hampir 2 jam. Balik dari rumah dia, terus direct
aku pegi office. Buat kerja,meeting, discussion, tgu client,
amendmend. Pukul 1230 malam baru aku balik rumah. Lewat dah aku balik.
Tapi semalam en.deng tak kesah aku balik lewat sebab dia follow aku p
office. Aku buat kerja.. Dia tengok movie sebelah dan jadi driver bos
aku suruh p beli makanan. Hehehe...
Hari ni pulak hari ahad. Pagi tadi bangun2 jer aku dr tidur, mandi2
kemas then aku pegi servis kereta, walayweh! Macam2 problem, diorang
ckp mounting aku problem lagi. Aku baru je tuka mounting hari tu la..
Mahal lagi tu.. Takkan la rosak lagi? Dan sememangnya aku nak tuka one
of the tyre hari ni.tp rupa2nya instead of satu. dUA tayar aku mintak
tuka. Hmmm... Lasak kepala aku macam ni. Tapi terpaksalah, sebab aku
nak pergi jalan jauh nanti. Untuk keselamatan :) mounting aku belum
tuka.. Ngah pk nak tuka dan cr tmpt yg btl2 bagus dan boleh dipercayai
dan harga berpatutan. Ada suggestion tak?
Lepas habis2 semua tu, aku p bawa parent aku, inek, anak buah aku dan
kazen aku p makan sugarbun (pilihan mak aku). Lepas2 habis semua
makan, diorang aku tak tau p mana, kalau tak silap diorang nak p jalan
kat spring tadi. Aku? Aku pegi office balikla.. Sekarang la kan aku
kat office. Tak tau la hari ni balik pukul berapa. Harap2 telefon tu
tak berbunyi lagi dan ada minta amend lagi. Aku penat! Keh3..
hari ni en.deng takde, dia p bawa isteri abg dia balik kampung.. Hurmm...
Oklah geng... Aku nak sambong keja... Bye! Have a fun and enjoyable
weekends eberibodi!
Xoxo!
--
Sent from my mobile device
(^_^)
Thursday, December 23, 2010
Gaji saya mana bos? Eh.. Bukan.. Gaji dia?
Sepatutnya minggu ni encik deng last kerja. Ikut hari, sepatutnya hari
inilah, hari khamis (23/12/2010). Tapi Bos en.deng pulak tahan dia
dulu daripada berhenti sebab bos dia cakap, akauntan diorang dah count
gaji en.deng sampai 31/12. Means dia harus kerja sampai jumaat la kan.
Kalau diikutkan perancangan, Jumaat dah langsung plan, tapi kalau dh
camni, tergendala la.
yang mengkantoikan bos en.deng, bila en. Deng tanya dgn akauntan
ofc,secretary yg buat cek gaji tu cakap, cek en.deng belum di buat
lagi. Aiek! Tadi bos cakap cek dah d buat dan en.deng tak ble berhenti
sebab gaji dah dkira sampai 31. Bos pun tahu perancangan pada 31 nanti
jadi dia saja la tahan en.deng untuk kerja sampai 31. Yelah, gaji
sikit untuk seorang tapi scope kerja untuk empat orang.. Kira jimatla
untuk dia kan. Oke lah... En.deng malas nak tengkar, dia terima
dulu...manala tau kira gaji sampai 31 nanti ada tambah sikit2 untuk
perancangan nanti. Hurm...
lepas tu, bos cakap, kalau berhenti awal, en.deng terpaksa bayar balit
advance raya bulan lepas. BAYAR BALIK oK.. Actually itu Bukan advance
raya.. Tu semua pekerja dapat sebagai BONUS RAYA tapi sebab en.deng
nak berhenti, diorang cakap itu adalah advance raya dan en.deng mst
bayar kalau berhenti minggu ni. Salah satu lagi sebab kenapa en.deng
setuju utk berhenti pada 31.
tapi hari ni, gaji semua orang keluar dah, gaji dia tak keluar, bila
di tanya, memandangkan dia nak berhenti, gaji akan release pada 31/12
nanti. Aie! Bos! Kan hari tu dah cakap semua tu akan diguna time
perancangan nanti, kalau dah 31 baru nak release cek. Bilalah duit nak
keluar? Paling2 pun amik 3 hari. Bos memang saja tak nak suruh en.deng
berhenti kan? Kalau betul tak nak, UP la sikit gaji tu ... Takpe..
En.deng rela bertahan sampai bulan 4 jer, lepas tu tak ble dah..
ah.. Aku pulak yang emo lebih2 malam ni. Mana tak nya, eee... Susahla
mcm ni.. Kalau tak nak release cakapla tak nak release, ni gaji pulak
di main2 kan.. Sedangkan en.deng dah hantar notis berhenti dua bulan
sebelum ni dah.
aku...aku...aku buntu sekarang, mana aku nak cekup duit dulu sementara
tunggu gaji en.deng keluar?
ada sapa2 nak beri aku duitt tak? Tak pun... Loan ker... Hurm... Untuk
arrangge2 semua tu. Plus! Aku pun nak kumpul nak beli something! Bukan
samsung galaxy tab oke! Biarpun sebenarnya ingin, tapi itu lebih
kepada kehendak dari keperluan, so saya ketepikan dulu takat ni...
Saya nak membeli something keperluan dulu. Mungkin tahun depan.
p/s ada sapa2 tahu dan boleh explain tak between Nvidia dan ATI...
Which one is better?
--
Sent from my mobile device
(^_^)
Wednesday, December 22, 2010
gadget..gadget
aku memang tak boleh tahan tengok alat elektronik. aku ngaku... tak yah lah nak kasi aku bunga ker, chocolate ke apa ke, memang aku tak pandang.. pandang pun satu jer yg selebihnya aku selalu beri orang lain jer.
Ok.. entry ni sebenarnya aku nak cakap..
aku berminat dengan HTC HD .... aiyok.. harga pun kaw kaw la punya.... rm2399 time aku survey tadi... Ermph... biarlah dulu kot. Tunggu 3,4 tahun lagi baru aku beli. Then tadi jugak aku TERMain dengan SAMSUNG GALAXY TAB ni.... respon aku? ARGHHH!!! AKU NAK SATU! ehehehe.. apa itu samsung galaxy tab? Lebih kurang macam ipad jer. Bezanya, skrin dia kecik sikit dari ipad dan dia boleh calling2.. mesej dan yang sewaktu dengannya.
Pendek kata, ipad versi handphone.. aku nakboleh? Ala.. tolonglah nasihatkan aku jangan... aku mudah tergoda dengan barang2 macam ni tau... aku sebenarnya sekarang ni tengah nak kumpul duit nak beli laptop baru. Errr.. perancangan jer tu.. belom tentu lagi.KAlau ikut perancangan, aku nak beli yang ada graphic card dan RAM besar sikit... kalau boleh nak ALIEN! tapi macam tak terjangkau dulu la ....
before ni pun aku ada terniat nak beli Epad...err.... bukan epad kot nama dia... ebook la macam tu.. Sebab aku suka sangat nak membaca... (tapi kadang2 tak boleh lawan dengan feeling memegang sebuah buku ah). Ebook lebih kurang macam gambar kat bawah ni.. yang di tengah tu... ipad yang d kanan sekali dan Samsung Galaxy dikiri sekali. 16gb. erk...
aahhhh.... aku tak nak lah cakap panjang pasal ni.. tak pasal2 aku kensel beli yang penting dan memenuhi kemahuan/kehendak instead of keperluan.
Aku perlu lupakan ini... perlu!!
Selamat malam!
sila klik INI
Tuesday, December 21, 2010
update takde apa
erm... semalam. sambil buat kerja di rumah aku layan GLEE season 2 dari episod 1 sampai 5 ke 6 ek. Between tu lah. Malam ni aku nak layan supernatural ke movie lain.. hmm.. jap lagi lah pk..
Blog tak hapdet tapi twitter aku memang tak lepas la.. ntah apa2 aku tulis. kalau sapa2 ada follow twitter aku tu, faham2 jerlah. Facebook pun ada.. tapi aku tak tengok sangat.. Kadang2 jer. kalau ada geng2 rapat yang komen or tiba2 buat onar kat wall ....
sekarang ni aku tengah buntu sebenarnya, banyak sangat hal.. banyak sangat perancangan yang mungkin takkan ikut perancangan langsung. hurmm... serious aku tengah serabut sekarang. nanti ah aku update lagi ek...
kepada semua rakan2 bloggers yang menyambut Krismas.. MERRY KRISMAS!!
Wednesday, December 15, 2010
Mode : Pain
sesuai untuk aku kot kat sana.beberapa hari ni aku balik rumah aku
tido terus jer. Demam ni bahaya gak. Mendatangkan penyakit malas kat
aku. Macam2 jenis malas yang dtg, malas kerja, malas makan(biapun aku
lapa sangat2) bukan apa,tekak aku sakit sangat2 nak minum pun hurm...
Payah. malas jalan2. Huhu.., tido aku tak malas. Tu jer cara aku nak
hilangkan rasa dunia berputar terlalu laju dan nausea. Grrrr...
Nak taknak malam td aku p jumpa doc gak. Dia bagi aku satu hari
sickleave. Ikutkan aku taknak tp org ofis aku mcm tak reti plak aku
demam. Makin byk keja nak d beri kat aku, huhu kalau aku tak demam aku
tak kisah. Bila dah macam ni, tengok keja pun jadi tension. Doc tadi
tanya aku slalu sakit tekak ke? Aku ckp time demam slalula. Doc ckp,
tonsil aku besar sangat, merah dan bengkak, kalau dibiarkan nanti
bernanah! Waaa.. Cuak dow aku dengar. Tapi bajet buat muka cool la tu.
Hehe doc ckp, memang sakit nak makan tp kalau boleh makan bubur
jerlah.tu pun bubur sejok. Jangan makan makanan panas. Bubur tu mmg dh
makanan ruji aku 3,4 hari ni even d kl. Pagi td before pegi keja.aku
beli sebungkus bubur, boleh untuk aku makan pagi, tengahari dan
petang. Ehehe wahh..jimatlah kalau mcm ni.tp tu pun sebab aku makan
4,5 sudu jer. Lepas tu dahlah. Yang pasti aku xble makan or minum
benda2 panas. Mesti sejookk cool ice jerr... Huhu..jadi hr ni ptt pun
aku makin trok.. Encik deng kasi aku makan bubur panas dan milo
panas.aku nak kasi sejok dulu dia tak bagi. Malam td pun ayah bagi aku
makan bubur panas. Wuwuwwuwuwuwuwuwuwuw...sekarang ada perintah dari
doc mana ada org nak bangkang. Hehehe
Sekarang ni aku terbangun tgh malam, macam nak start batok2 dah. Td
time jumpa doc taknak plak batok, mana ada ubat batok ni.. Argghh!
Peritnya tekak. Boleh tak aku keluarkan tekak ni kejap sampai dia
baik??
Oklahhhh.... Aku nak konsentret batok dulu.. Selamat malam bloggers!
--
Sent from my mobile device
(^_^)
Friday, December 10, 2010
hai hai bai bai ?
dan hari ini aku pasti cik amni kita tengah berpeleseran dengan mr amni. hahahahaha.... gembira kau monyet? keh3.....
oklah.. ada sapa2 kat KL nak jumpa aku tak?? laalalalala..... entry ni di auto publish pukul 3.00 petang hari ini. Maksudnya di saat korang membaca entry ni, aku sekarang berada dekat klinik dan midvalley.. Confirm punya. Kalau hebat, cari aku kat sana ok? hehehehe....
YAng aku pasti, sekarang ni aku mengantok sangat2 sebab aku lambat tido semalam, time aku tulis entry ni pun jam dah pukul 2 lebih dah.. dan flight aku pagi tadi puk 6 pagi.. aaaa.. aku rasa nak tido lagi... erm... ok... aku dah takde idea tiba2... bye bye!
salam =D
ciskek itu sejenis cheese?
Apatah lagi bila tiba2 aku terbaca entry anak dara ni.. argh!!! aku tensi! napa aku takde? Sebelum ni kan, terus terang aku cakap aku dah lupakan semua benda tu. Lantaklah, nak ada.. ada, tak ada... aku tak kesah dah pun (biarpun ayatku masih berbaur cemburu). Selepas aku baca entry tu, sepantas kilat tapak tanganku menggenggam erat tetikus di hadapan ku dan bukak new tab. Kemudian jari jemari indahku ini terus lincah menaip www.nuffnang.com.my.
Taip email dan password terus log in. Makin erat tanganku menggenggam tetikus di hadapanku ini apabila website tu dah habis loading dan aku terus menekan Earning. FUH!!!!
Tiba-tiba...........
*klik*
Duniaku dalam kegelapan. Sekelilingku terasa sunyi tak terkata apa... ah.. persetankan mainan perasaanku saja ni. tapi kan....
EH..... ? Aku pandang kiri dan kanan. Aku pasti aku dalam kegelapan.
LAAaaaaa! Sesco dah tutup elektrik! CIskek betul. Kerana blog anak dara ni aku boleh terlupa yang pagi tadi sesco nak tutup elektrik kawasan tempat aku kerja dan kasawan sekitar sebab nak adjust...eh.. bikin.. erm... eh.. apa2 jerlah dengan substation sesco tu dari pukul 9 pagi sampai 5 petang.. grrr.... Jadi, dengan tak puas hati nya aku perlahan-lahan melepaskan genggaman erat pada tetikus. Cis.. lupa nak save kerja tadi. Alamatnya memang aku buat semula... lalalalala... aku blame blog anak dara itu! hahahahaahhahahah
p/s sebelum sesco tutup elektrik tadi kan. Aku sempat sneak peak sekejap.. hehehe aku dah dapat BE dan ME aku. Terima kasih bang derio. Nasihatmu memang laku dan sentiasa ku terima. Lain kali nak lagi. YAY!!! tapi belum dapat nak lawan sifu lah BE dengan ME aku tu. hehehe
p/p/s Yang tak bestnya aku dah kehilangan semua kerja yang urgent murgent perlu di hantar minggu depan. Sedangkan aku dah takde kat kuching besok. Jadi... aku tetap salahkan anak dara itu! hahahah LOL :P
hai deng.. selamat malam :D
Wednesday, December 8, 2010
c.u.t.i..?
Tadik dah nerimak notis dari sesco padah blok bangunan opis kmk org tok dengan kawasan2 sekitar tok akan ditutup karan nya dari pukul 9 pagi sampey pukul 5 petang. Jadi apa point nak datang kerja esok? hahaha bos. tolong berik saya cuti!
Berita Kedua:
Kerja mok disiapkan urgent untuk minggu depan sedangkan banyak gik detail dan plan nak di polah. Cmne tok? Sudahlah aku nak cuti!
Berita Ketiga:
Bermula dari hari Jumaat ini saya tiada di Kuching ok. Saya akan berada di KL sebentar untuk... dot...dot...dot... dan bercuti juakla kiranya tek. Jadi...kira mengerti juakla sidak sesco motong karan esok nak. so cuti aku tambah sikit. tol sik?
Keyword for today:
CUTI!!!
p/s bos tolong berik cuti esok bos!sekda karan. panas lak~
Friday, December 3, 2010
Ya Habibi~ arab mari~
Thursday, December 2, 2010
Batu cair ... RockS!!!



Nak tengok facebook. Click kjer logo facebook kat panel sebelah kanan. Boleh comment dan Like terus (:


peace,
ztie