Aku masih nak resign. Yeap. Sekarang aku tengah edit surat nak resign.
Kelemahan aku adalah menulis surat rasmi. Betul! Korang berilah aku
apa2 jenis surat tp formatnya surat rasmi, mau tak seminggu aku nak
buat 1 page. Hehehe...
Ok.. Berbalik kepada cerita semalam, tak sangka ada jugak yang nak
membaca cerita goreng aku. Hehe...oke here it goes.
Aku dah simpan karya surat cinta dari UPM kepada aku dulu dah 7 tahun
kan. Takpelah, biarpun dengan hati yang berat, (lebih berat dari part2
ayam yang encik deng jual.) tapi aku gagahi jua. Tak minat, aku slow2
coba adaptasi untuk meminati nya. Alhamdulillah, aku ada kawan2 di
sekeliling aku yang sudi mengajar, bersabar dengan kerenah aku yang
tak reti3 lagi dengan prinsip akaun. Ekonomi? Diorang belajar dr
akula, aku kan kalau part menggoreng ni memang master lah. Tunggu nak
amik PHD jer(tipu).. Tapi untuk time tu jerlah. Dah berapa lama aku
tinggalkan bidang tu, kalau d tanya sekarang ni, basic2 bolehlah.
Kalau nak buku rujukan aku time tu banyaklah kat rumah. habis je
matrik, aku masih lagi nak ngintai2 course architecture. Saja nak
sakitkan hati sendiri atau bahasa senangnya..'saja nak ngesak ati
mpun'..
Tapi seperti yang diketahui, ofcourse aku tak dapat. Tapi aku takdelah
mintak, just tengok qualification apa yang diperlukan. Bila dah tak
dapat, paling2 aku apply business management, business marketing dan
apa2 yang berkaitan dengan business la. Itu last resort aku. Erm..
Hampir setahun la aku tunggu, apply, dan buat rayuan, tapi aku xdpt
satu pun tawaran. Frust? Jangan cakaplah. Time tu, niat nak belajar
memang high end punya. Lagi2 tengok orang lain semua dah dapat
sambong, kalau nak kata tak cemburu tu, bohong sunat la aku time tu.
Tapi apa boleh buat? Aku terima jelah apa yang ada.
Dah bosan aku tunggu,apply dan rayuan berkali2. Ayah aku suruh p amik
lesen dulu. So, yes. Aku pegi amik lesen dan lulus dengan jayanya
(biarpun sebenarnya ada alkisah-itu entry lain kali). Dan lepas itu
secara rasminya aku menjadi driver ayah aku. Kemana dia pergi
disitulah aku berada. Kerja aku hanta ayah pegi meeting ke, jumpa
client, hantar siapa2 dalam family aku yg takde keta g mana2.. Hanta
kazen aku dating. Hantar itu ini. Erm..boleh tahan lamalah kerjaya aku
tu biarpun tanpa gaji yang munasabah.
Hehe
takdelah. Gaji takde. Tapi barang cukup semua. Makan minum cukup. Ayah
aku tu oii.. Takkan nak tengok anak dia kelaparan? Hehehe dan barang2
lain ofkoz lah kan...
Until one day! Hehe..ayah aku bawa aku pegi satu Uni swasta ni. Kira
nak registerkan aku kat sana. Mula2 aku tengok yuran pengajian tu pun
macam dh nak terkeluar biji mata aku tengok. Besar woo..banyak..
Hurm..tp ayah men'konfiden'kan aku atau dalam erti kata lain nya
meyakinkan aku untuk register sana dan..... Yes. Dengan rasminya,
tahun 2006 kalau tak silap (im sucks in reminding what year and year i
have gone thru), time tu suppose aku amik Bachelor of Multimedia,
major in Business Marketing.
Means, kalau diikutkan sebenarnya double degree tu. Hehe takdelah.
Just course yang aku amik tu adalah 2 benda yang berlainan. Imagine
daripada membuat coding website, buat design, buat flash, macromedia
dan etc etc.. 10 minit kemudian, masuk kelas marketing pulak. Daripada
pening2 dengan coding, lepas tu pening dengan strategy pemasaran
pulak. Siapa cakap business marketing tu senang? Senang la jugak kalau
korang kaki goreng. Asal tahu cara nak jawab gerenti lulus la.
Lama la jugak aku kat sana. Macam2 orang dan ragam.
Daripada kawan bertemu lawan. Ada jugak benda lawak. Kalau aku nak
cita sampai bila pun tak habis kan? Hehe.. Takpe, aku tapau dulula
cita ni kasi lain entry. Actually kat sana, aku dpt pinjaman. Tapi
pinjaman yang aku dpt tu tak banyak. Kurang daripada harga course yang
aku amik. Pernah dipersoalkan kenapa course lain yang yurannya lebih
murah sikit la dari aku punya tapi dapat pinjaman 2 kali ganda? Tapi
persoalan tu semua nya terkubur dan xpnh berjawab. Jawapan yg selalu
di dengar hanyalah,
'tak tahu, kami hanya ikut arahan...'
ok. Itu salah satu sebab kenapa aku pernah bertekak dgn ayah dulu
sebab aku tahu yuran u mahal. Takut nanti, benda macam ni lh yang
terjadi. Ayah cakap takpe. Selagi boleh dia akan cuba tolong aku. aku
dh nak grad. Dah terbayang dah aku memegang segulung ijazah dengan
mami dan ayah memerhati dengan penuh bangga.
Sebelum tu,
Tahun yang sama, ayah ditimpa masalah sikit dengan kerja. Orang
kepercayaan dah tak dapat dipercaya. Hasil kerja dia selama ni rebah
macam tu saja atas dek pendek akal seseorang. Atas dasar kepentingan
sendiri. Oke. Ayah cakap takpe. Bukan rezeki dia. Berhempas pulas ayah
nak stabilkan balik ekonomi keluarga. Itu pun dah macam tak termampu.
Bukan aku nak pandang rendah kemampuan ayah. Tapi aku tahu setakat
mana kemampuan dia. Bukan sekali bukan dua kali dia diperlakukan
sebegitu rupa. Dengan ekonomi keluarga, dengan aku lagi time tu,
dengan abg aku lagi. Tapi ayah.. Masih lagi tersenyum.
Akhirnya satu malam aku bersemuka dengan diorang dan cakap aku nak
quit. Ayah tak kasi. Mami mestilah tak nak. Diorang cakap mintak
extend bayar dulu. Aku tak nak cakap. Dah lebih 3kali aku buat rayuan
extend bayar dan merayu untuk tambahan pinjaman. Tapi gagal. Aku tak
nak cakap dulu dgn ayah time aku buat rayuan tu semua.. Sebab.. Macam
yg aku cakapkan tadi... Susah...
Selepas beberapa ketika, akhirnya aku berhenti jugak. Yeap. Aku
pasrah. Biarlah hasil penat lelah aku dengan projek dan semua tu
berlalu macam tu saja tanpa bukti sijil tu. Bukan rezeki =D
itu jer yang mampu aku ucapkan kalau org tanya aku. Dan, aku juga
takde memaklumkan kawan2 satu Uni yang aku quit. Aku just..hilang
macam tu jer. Macam xpnh wujud pun kat U tu. Mami dan ayah tak payah
cakap. Frust? Dah lama perasaan tu bermain dalam jiwa keluarga aku.
Apatah lagi aku? Putus asa? Putus semangat? Semua ada.
Waktu tu.. Takde orang ajar dan guide aku bahawa Life is like a
Rollercoaster.(aku belaja ni dari lagu ronan keating.. Hehe) Hidup ini
sukar. Time tu takde org cakap dgn aku semua tu ada hikmah. Aku
tebalkan muka. Kuatkan hati, teguhkan iman.
Aku berhenti takat itu. Tak tahu bila nak mula lagi...
Dan.....
Dan aku berhenti menulis dulula sekejap ek... Nak sambung kerja. Dari
tadi bos jeling tengok aku tekan2 handphone ni.. Sorry boss..
=P
--
Sent from my mobile device
(^_^)