Salam.. macam mana weekend korang? Best tak? Aku macam biasa dok rumah dan kadang2 cakap dgn kekawanan aku.
Anyway, entry aku hari ini aku nak cerita dan tanya opinion korang.
Cerita pasal seorang kenalan aku yg dalam dilema. Kenalan yg terlalu rapat.
Kisahnya mcm ini, kenalan aku ni dah berkawan dgn seseorang quite for a long time jugaklah. Selalu bersama .. family pun dah kenal semua.
Tak lama lagi mereka2 berdua ni nk pergi sambung belajar. Si teruna pernah cakap dgn kenalan aku ni, kalaulah boleh sebelum pergi dia nak sambung ikatan. Eh.. betul tak penggunaan ayat aku ni? Maksud aku tadi, kalau boleh, sebelum pergi (sebab kedua2 mereka2 akan belajar jauh dari family dan dekat dgn masing2) si teruna nak merisik kenalan aku tu. Tapi kenalan aku susah hati sebenarnya. Bukan dia tak nak. Tapi kalau difikirkan, pergi study, bukan kerja. Mana nak dpt duit. Itu satu, memanglah simpanan ada, tp kalau gunung dikikis pun boleh rata. Ini kan pulak duit.
Si teruna faham, jadi kalaulah boleh, kalau kenalan aku taknak mendirikan rumah tangga dulu. At least dia nak bertunang.
Kenalan aku masih susah hati, Sebab dia fikirkan family dia. Kebanyakan dalam family kahwin awal dan dia takut nak bagitau parent dia sbb.... yelah kan. Pergi belaja jer pun. Tapi kalau di ikutkan umur mmg dh boleh mendirikan rumah tangga. Selain itu dia jugak fikirkan yg dia mungkin belum bersedia. Atau hanya takutkan feedback org tua dia.
Si teruna taknak mendesak. So perkara itu dibiarkan berlalu dahulu utk beberapa bulan. Sampailah satu hari tiba2 mak kenalan aku ni menyatakan satu pertanyaan yg lebih berupa hasrat ketika tengah makan tengahari.
Ditanya adakah hubungan mereka2 ni serious atau hanya satu persinggahan?
Of courselah serious kenalan aku jwb.
Mak kenalan aku menyatakan sesuatu yg mengubah hidup dia hari itu. Mak dia ckp, kalau betul serious dan bukan bermain2, dia mintak kalau boleh sebelum bertolak, At least diorang dh ada ikatan. Maksudnya, mak kenalan aku ni, mintak diorang kahwin. Serta merta kenalan aku teringat dgn lamaran yg dh dia tolak dulu. Dalam hari memanglah gembira dan berbunga. Tapi byk yg perlu difikirkan.
Tapi sebagai org tua dan berpengalaman mesti lebih mengerti kan? Seperti yang diceritakan oleh kenalan aku ni, kerana mereka jauh. At least ada org jaga kenalan aku ni. Dan mereka2 jugak dh lama bersama, tak manis di tengok org. Ayah kepada kenalan aku pun ok. Dia cakap kalau tak nak, tak payah buat majlis besar sebab duit pun msh diperlukan utk pergi nanti. Just kahwin dulu, dan majlis boleh dibuat kemudian. Semua family kenalan aku ni setuju. Makcik pakcik nenek semua setuju.
Masalahnya sekarang kenalan aku ni bertanya kat aku, dan aku tak tau nak jawab apa sebab aku takde pengalaman.
Dia nak beritahu dgn si teruna jugak tp masih belom kesampaian sebab msg2 busy. Itulah yg di bingung oleh kenalan aku ni. Kalau sebelum pergi, bila nak uruskan semua benda tu? Bila nak berbincang? Bila nak bawa family? Masa tak sampai sebulan. Tik tok tik tok tik tok masa berlalu.
Pendapat aku?
Kalau ikutkan aku mmg byklah nak difikirkan kan. Duit semua. Study lagi. Tp kalau fikirkan balik ada jugak bgs nya. Macam yg pernah amni cakap kat aku. Pegi belaja, mst dh belaja betul2, takde main2 lagi sbb ingatlah tanggungjwb dh ada. Lepas tu boleh jugak save sewa rumah ke apa ke. Dan pergi pun org tak delah pandang serong. Nak tgk apa? Laki bini bah tu! Ye tak? Tapi itu pandangan aku lah. Pandangan korang pulak mcm mana?
P/s penangguhan pertukaran link. Sbb susah nak tukar semua thru hp. InsyaAllah tukar dalam minggu ni step by step. Sambil korang bagi pendapat tentang perkara di atas. Korang tinggalkan link jugak utk aku informkan pertukaran link kepada
Http://ztieshr.blogspot.com
nanti. Terima kasih :)
Published with Blogger-droid v1.6.5