Monday, February 21, 2011

dilema seorang wanita

Salam.. macam mana weekend korang? Best tak? Aku macam biasa dok rumah dan kadang2 cakap dgn kekawanan aku.

Anyway, entry aku hari ini aku nak cerita dan tanya opinion korang.
Cerita pasal seorang kenalan aku yg dalam dilema. Kenalan yg terlalu rapat.

Kisahnya mcm ini, kenalan aku ni dah berkawan dgn seseorang quite for a long time jugaklah. Selalu bersama .. family pun dah kenal semua.

Tak lama lagi mereka2 berdua ni nk pergi sambung belajar. Si teruna pernah cakap dgn kenalan aku ni, kalaulah boleh sebelum pergi dia nak sambung ikatan. Eh.. betul tak penggunaan ayat aku ni? Maksud aku tadi, kalau boleh, sebelum pergi (sebab kedua2 mereka2 akan belajar jauh dari family dan dekat dgn masing2) si teruna nak merisik kenalan aku tu. Tapi kenalan aku susah hati sebenarnya. Bukan dia tak nak. Tapi kalau difikirkan, pergi study, bukan kerja. Mana nak dpt duit. Itu satu, memanglah simpanan ada, tp kalau gunung dikikis pun boleh rata. Ini kan pulak duit.
Si teruna faham, jadi kalaulah boleh, kalau kenalan aku taknak mendirikan rumah tangga dulu. At least dia nak bertunang.

Kenalan aku masih susah hati, Sebab dia fikirkan family dia. Kebanyakan dalam family kahwin awal dan dia takut nak bagitau parent dia sbb.... yelah kan. Pergi belaja jer pun. Tapi kalau di ikutkan umur mmg dh boleh mendirikan rumah tangga. Selain itu dia jugak fikirkan yg dia mungkin belum bersedia. Atau hanya takutkan feedback org tua dia.

Si teruna taknak mendesak. So perkara itu dibiarkan berlalu dahulu utk beberapa bulan. Sampailah satu hari tiba2 mak kenalan aku ni menyatakan satu pertanyaan yg lebih berupa hasrat ketika tengah makan tengahari.
Ditanya adakah hubungan mereka2 ni serious atau hanya satu persinggahan?
Of courselah serious kenalan aku jwb.

Mak kenalan aku menyatakan sesuatu yg mengubah hidup dia hari itu. Mak dia ckp, kalau betul serious dan bukan bermain2, dia mintak kalau boleh sebelum bertolak, At least diorang dh ada ikatan. Maksudnya, mak kenalan aku ni, mintak diorang kahwin. Serta merta kenalan aku teringat dgn lamaran yg dh dia tolak dulu. Dalam hari memanglah gembira dan berbunga. Tapi byk yg perlu difikirkan.

Tapi sebagai org tua dan berpengalaman mesti lebih mengerti kan? Seperti yang diceritakan oleh kenalan aku ni, kerana mereka jauh. At least ada org jaga kenalan aku ni. Dan mereka2 jugak dh lama bersama, tak manis di tengok org. Ayah kepada kenalan aku pun ok. Dia cakap kalau tak nak, tak payah buat majlis besar sebab duit pun msh diperlukan utk pergi nanti. Just kahwin dulu, dan majlis boleh dibuat kemudian. Semua family kenalan aku ni setuju. Makcik pakcik nenek semua setuju.



Masalahnya sekarang kenalan aku ni bertanya kat aku, dan aku tak tau nak jawab apa sebab aku takde pengalaman.
Dia nak beritahu dgn si teruna jugak tp masih belom kesampaian sebab msg2 busy. Itulah yg di bingung oleh kenalan aku ni. Kalau sebelum pergi, bila nak uruskan semua benda tu? Bila nak berbincang? Bila nak bawa family? Masa tak sampai sebulan. Tik tok tik tok tik tok masa berlalu.

Pendapat aku?
Kalau ikutkan aku mmg byklah nak difikirkan kan. Duit semua. Study lagi. Tp kalau fikirkan balik ada jugak bgs nya. Macam yg pernah amni cakap kat aku. Pegi belaja, mst dh belaja betul2, takde main2 lagi sbb ingatlah tanggungjwb dh ada. Lepas tu boleh jugak save sewa rumah ke apa ke. Dan pergi pun org tak delah pandang serong. Nak tgk apa? Laki bini bah tu! Ye tak? Tapi itu pandangan aku lah. Pandangan korang pulak mcm mana?



P/s penangguhan pertukaran link. Sbb susah nak tukar semua thru hp. InsyaAllah tukar dalam minggu ni step by step. Sambil korang bagi pendapat tentang perkara di atas. Korang tinggalkan link jugak utk aku informkan pertukaran link kepada

Http://ztieshr.blogspot.com

nanti. Terima kasih :)

Published with Blogger-droid v1.6.5

15 comments:

  1. hurrrmmm...mek asa better ada ikatan..senang lak bh...da org jg...and ada tmpt bergantung...kmk rs mcm ktk...yerr...

    ReplyDelete
  2. kmk asa better ada ikatan sebb jauh kan...at least manis dipandang org..even bertunang jak pun mcm x manis juak koz cdak study di luar jauh di mata bah...owh entry ktk tok mengenangkan kmk nasib dirik.....owh kiko lalu terkenang kmk tok....

    ReplyDelete
  3. kmk rs bagus ktk ngan achie nikah jak..senang bah achie nyaga ktk..

    yerrr...kuar tjuk indah kmk lok..ampunkn sy penunggu gua..ampunkan sya... hiksss....

    ReplyDelete
  4. Erm.. Ok juak mun kawen ya.. Tapi susahkan mok ngurus dalam jangka waktu sik sampey sebulan ya.. Just bertunang jk pun ok juak..


    Entry Terbaru 1 : "Saya Mahu Karya Seni Dari Blog Fynn Jamal"
    Entry Terbaru 2 : "Saya Mahu Ilmu Agama Dari Blog Ustaz Zaharuddin"

    ReplyDelete
  5. kmk pun asa better ada ikatanlah.selalunya kata hati urg tua tok ada betul nya..gik pun dah dpt restu urg tua bah..kawin tok kerja yg mulia dan berpahala n dpt elak maksiat..kita sik tauk pa kan jadi d masa hadapan bah...ehehe..rasa pande glak kmk tok..sempat kawan ktk uruskan..jadi jgn lengah2 kan ceapat2 lah pdh ngan pihak teruna..ehehe

    ReplyDelete
  6. wa..wa..mun kmk..ada taman dalam hati koh..yer.senang jak mek madah...

    teruskan ikatan//akad nikah penting bah..
    ktk duak archie juak ah..ah?

    ReplyDelete
  7. Nikah jak, x payah rami gilak. Pas ya sambung study.

    ReplyDelete
  8. apa yg terbaik dr org tua, itulah sebaik2nya utk kita :)

    ReplyDelete
  9. cam kenal jak ngan kenalan ktk ya... ;D

    Hmm...paham mek. semua perlu duit bah...
    tapi...dalam sebulan?? alamak...

    mun kmk, bertunang dolok pun boleh jak...tp yalah tek...orang tua and mulut org sekeliling...
    sidak public tok bukannya pandey pikir org ada duit kah sik...tauk nak komplen & molah fitnah jak-jak.

    ReplyDelete
  10. mun kmk, kmk mok ada ikatan juak~! gine2 pn, bawak bincang dgn org tua dolok.. keputusan ya tolak tepi dolok.. ne tauk niat ikhlas kita dipermudahkn..

    hal duit ya x jadi mslh sbnrny mun 2 2 beri komitmen.. lebih2 lg saling menyayang.. cinta dikenang.. kasih sayang nan berpanjangan.. cewahh.. berlagu indakh sitok.. hihi..

    bah, moga kenalan ktk diberikan petunjuk.. solat istikharah sgt2 membantu.. :)

    ReplyDelete
  11. Kmk asa nak.. Makan dolok.. Perut gik lapar time tok.. Kakya sambung komen mengomen... haha..

    ReplyDelete
  12. bah,org tua pun dah restu,pa tunggu gik...stuju dgn pndapat bapak kawan ktk ya.polah jak dolok majlis kecil2an..
    lebih bagus ada ikatan...

    ReplyDelete
  13. Ish sikda masalah ya. Kawen jak dulok. Duit boleh dicari, tapi pasangan hidup bukan senang nak cari. Susah susah sahaja.

    ReplyDelete
  14. my opinion is..kawenlah lebih baik..nikah jer yg penting..

    ReplyDelete