SEGMEN TAK KENAL MAKA TAK CINTA : DIARI ANAK SENI

12:36 AM
Firstly, aku nak cakap, aku buat segmen ni sebab line internet tersangatlah bagus malam ni, dan aku dalam mood untuk menulis. Tettt!!! Tipu! Itu alasan sampingan a.k.a alasan ke dua.

Alasan utama aku buat segmen ni, bukanlah sebab aku kenal siapa Anak Seni yang bakal aku ceritakan ni.
Aku menulis segmen ni sebab aku benar-benar percaya dan yakin yang seorang anak seni, lebih-lebih lagi anak seni tempatan yang sememangnya berbakat, boleh melangkah lebih jauh.

Aku bukan menulis sekadar daripada mendengar cerita orang atau membaca di majalah atau akhbar tempatan. Aku menulis segmen ini sebab aku sendiri dah pernah dengar LIVE karya-karya yang dihasilkan oleh anak seni ni. Dan pendapat aku? (Memanglah tak sama dengan pendapat korang, tapi bacalah sampai habis dulu oK?)

Pendapat aku, anak seni yang bernama Amir Jahari sememangnya berbakat. Cuma bakatnya perlu lebih di tonjolkan dan diketengahkan ke semua pihak dan tempat. Aku pasti belum ramai lagi yang tahu dan expose dengan genre music dari Amir, tetapi, bak pepatah orang tua, "Tak Kenal Maka Tak Cinta".. betul tak ?
Kebetulan pulak nama segmen ni sama =P
Karya musik nya yang tersendiri dan bersahaja membuatkan aku turut meminati musiknya. Mungkin aku bukanlah peminat tegar yang akan selalu menghantar private message (inbox) ke Facebook nya atau menulis komen untuk dirinya. Aku juga mungkin bukan di antara beribu yang bakal DM (Direct Message) dan tag namanya di dalam Twitter, tapi itu bukan bermakna aku tak mengikuti perkembangan beliau. Serba sedikit memang aku tahu jugak. Betul tak ? *wink*

Mungkin sekarang, dah ramai juga yang kenal anak seni bernama Amir Jahari ni melalui rancangan realiti televisyen Malaysia, Akademi Fantasia 9. Aku masih ingat lagi, first time aku terima flyers untuk vote Amir adalah beberapa malam selepas hari perkahwinan aku. Seseorang hantar hadiah ke rumah dengan flyers sekali! Wow! 2 in 1 eh? hehe Biarpun rezekinya di dalam reality show tersebut tidak lama, tapi kalau ada bakat, ke mana-mana pasti ada rezeki mengekori. Kepada sesiapa yang belum mengenali Amir Jahari dan ingin mengenalinya lebih dekat dan mengikuti perkembangan musik dalam hidupnya bersama orang tersayang. Bolehlah follow blog Amir Jahari Diari. Dan kalau lama sangat nak tunggu blog tu di update, better anda-anda semua direct terus ke official page Amir Jahari di Facebook atau follow dia kat Twitter =D
Dunia semakin maju kan?

Artis pun semakin banyak tapi tak semestinya kita harus ketepikan artis-artis baru yang baru mahu mula bertatih. Sebagai seorang pencinta musik, semestinya aku menyokong artis tempatan. Takkan nak sokong international artist je kot?

5 comments:

  1. boleh sik kmk terharu macam? Hehehehe.... Suka mek maca t.. Ulang2... Nang menulis dari hati la... Done! Sekali nak menang sama dirik jak.. Ekekeke... Thanks a lot!

    ReplyDelete
  2. aih2...ada kontest meh?hehehehee.......

    okeh mudahan ztie menang share dgn kmk...makseh!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Kmk bok tauk duhal tunang si AMni ya.. lambat cita kmk tuk hehehe.. :P

    ReplyDelete
  4. i must agree with u
    support more local artist =)

    ReplyDelete
  5. amni:
    well... buka salu nulis by heart nak. ekekeke

    flo:
    yalah koh. mudahan ktk menang share dgn kmk juak. hehehe

    wa onggon :
    ktk bok tauk eh? bia bena ktk? hehehe...

    jue:
    kan kan kan! juh sapot local!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.